Manja! Koleksi Gambar Tokti Tunai Umrah Dengan Aafiyah

Akhirnya hasrat penyanyi tanah air nombor satu, Dato’ Seri Siti Nurhaliza untuk membawa puteri sulungnya, Siti Aafiyah ke tanah suci tercapai. Menurut sebuah portal, beliau telah menyimpan niat ini sebelum hamil lagi dan sering berdoa untuk datang ke sini bersama cahaya matanya.

Kini, doanya dimakbulkan selepas Aafiyah berusia setahun dan keluarga kecil ini berada di  Mekah pada 23 Mei sehingga 2 Jun. Apa yang menarik perhatian Donna lagi, gelagat dua beranak ni bila berada di sana sepanjang berada di sana. Comel betul!

Rata-rata netizen menumpang bahagia dengan rezeki yang Tokti peroleh serta mendoakan kebahagiaan keluarga kecil ini.

Bila kita mengharap sesuatu dengan niat yang betul pada Yang Maha Pemberi, lambat-laun apa yang kita impi dan inginkan pasti diperkenankan dengan izin-Nya.  Semoga Tokti sekeluarga mendapat umrah mabrur.

 

 

 

 

Sumber: instagram ctdk

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna