Manis-Manis Lemak! Jom Sarapan Dengan Roti Telur Kaya

Selalunya kalau sarapan pagi tekak asia ni mesti nak makan nasi goreng, mee goreng, nasi lemak atau roti canai alahai.. Cliche-nya hidangan tu! Apa kata kita buat lain sikit dengan hidangan yang simple dan mengenyangkan.

Roti Telur Kaya! Mesti ada yang membayangkan sekeping roti disapu kaya dan dihidangkan bersama telur separa masak macam Roti Titab. Hm, anda salah sebab menu konsep resepi yang kami nak kongsikan kali ni, lain sikit!

Nak tahu caranya bagaimana, jom kita lihat bahan dan cara penyediaan hidangan ini.

Bahan-bahan

  1. Telur 2 biji.
  2. Roti 10 keping.
  3. Keju ikut citarasa sendiri.
  4. Kaya.
  5. Planta.

Cara penyediaan

  1. Telur dan keju dipukul sehingga kembang.
  2. Sementara itu, panaskan kuali leper dengan planta.
  3. Celup roti ke dalam telur dan keju yang sudah dipukul sehingga kembang.
  4. Kemudian, susun di atas kuali leper.
  5. Masak sehingga warna coklat keemasan.
  6. Akhir sekali sapukan dengan kaya.
  7. Hidangkan!

Mudah dan nampak sedap kan? Manis-manis lemak. Kalau tak suka manis sangat, tak apa. Sapukan kaya dengan kuantiti yang sedikit.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hantu Telur Masin? Jom Buat Telur Masin Guna Ayam Kampung

Hidangan 15 Minit Untuk Menu Tumis Brokoli

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna