Mandi Malam Bukan Penyebab Paru-Paru Berair

Rutin mandi memainkan peranan penting membersihkan badan selain mempertingkat sistem imun badan.

Namun ramai kalangan masyarakat kita mengatakan amalan mandi terutama mandi waktu malam boleh mengundang pelbagai penyakit seperti masalah paru-paru berair dan jantung. Belum ada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit kronik seperti yang kerap dimomokkan oleh nenek moyang kita dahulu.

Sumber Foto: pexels.com

Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang hari. Maka tubuh badan seringkali berasa tidak selesa dek suhu yang kadangkala naik mendadak. Begitu juga pada malam hari, apabila badan tidak selesa dan berpeluh rutin untuk tidur pasti mengganggu. Ada yang memaksa diri untuk tidur kerana ingin mengelak mandi malam disebabkan mempercayai mitos-mitos yang mereka dengar sebelum ini. Perbuatan mereka itu akhirnya memakan diri kerana tidak dapat tidur dengan selesa atau tilam dan katil berbau busuk kerana badan yang tidak dibersihkan sempurna.

Mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan. Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari sebelum tidur boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia. Sekali lagi Donna ingin mengingatkan bahawa mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan, kecuali buat pesakit yang menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim  sejuk.

Sumber Foto: Google Image

Kenapa Orang Tua Mengatakan Mandi Malam Tidak Baik?

Nasihat sebegitu sudah tidak relevan diguna pakai lagi pada masa kini. Pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip disalurkan terus dalam rumah. Ramai yang tinggal di luar bandar sebelum ini menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Jika ada kemudahan tandas atau bilik air sekalipun berada di luar rumah dan jauh tersorok di belakang. Untuk mandi pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai.

Sumber Foto: pexels.com

Mungkin disebabkan itu orang-orang tua melarang sesiapapun daripada mandi waktu malam takut memudaratkan. Hari ini, pembangunan telah dikecapi dan semakin maju. Kebanyakkan kemudahan saluran air ke penempatan sudah jauh lebih baik. Jadi jangan jadikan alasan untuk anda tidak mandi waktu malam selepas pulang daripada kerja atau melakukan aktiviti berat. Moleklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur demi kebersihan diri.

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai mitos mudarat mandi malam, anda boleh layari podcast Ais Kacang. Siri – Perang Melawan Mitos. Episod pertama bersama Dr Khairul Hafidz daripada NGO MedtweetMY. Mandi malam kena paru-paru berair? Menghendap dapat ketumbit? Mitos-mitos kesihatan bakal dikupas oleh Dr Khairul Hafidz.  Klik di sini

 

 

 

 

Sumber: kakireview.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna