Mandi Buih Bagaikan Puteri Kayangan? Jom Ikut Cara Ini Untuk Segarkan Badan Yang Lesu

Seharian di pejabat dari pagi hingga petang, mesti lega dapat bersantai dalam bathtub, mandi buih seakan-akan seperti puteri di kayangan. Yelah, kalau difikirkan semula, waktu-waktu sibuk macam ni anda hanya boleh dapat merasai jika pergi ke spa kecantikan sahaja. Nak buat di rumah tak tahu pula cara dan bahan apa yang diperlukan.

Haa jangan pening-pening fikir nak dapatkan buih mandian ala-ala dekat spa, anda ikut sahaja langkah mudah yang Donna kongsikan seperti di bawah.

Related image

Sumber: aqua

Tetapkan Suhu Air Di Dalam Tub Mandi 

Menurut The National Eczema Association, air di dalam tub mandi tidak seharusnya berada dalam keadaan panas kerana ia akan merosakkan permukaan kulit. Jadi mereka menyarankan untuk menyediakan air dalam keadaan lukewarm tidak terlalu panas dan pastikan anda berendam tidak melebihi 15 minit untuk mengelakkan kulit menjadi kecut akibat terlalu lama dalam air.

Related image

Sumber: mcm

Gunakan Bath Bomb 

Haa kalau sebelum ni anda cuba menggunakan sabun buku atau cecair biasa tetapi tidak menjadi buih? Apa kata anda menukarkan ia kepada bath bomb. Kebiasaannya bath bomb ni mengandungi bahan yang semula jadi seperti vitamin E, minyak kelapa dan pelembap. Celupkan sahaja ke dalam air, kemudian biarkan ia berbuih dengan sendiri. Haa memang feeling habis!

Kelebihan Mandi Buih 

  • Bukan hanya dapat melegakan rasa penat badan, malah dapat membersihkan keseluruhan tubuh badan secara maksimum.
  • Sekiranya tub mandi anda mempunyai fungsi hidro, ia akan membantu pelangsingan badan secara tidak langsung mengikut peringkat.
  • Minyak pati dan bunga segar dalam mandian buih menjadikan tubuh sentiasa dalam keadaan berbau wangi.

Okay, dah tahu caranya dan manfaat mandian buih? Hanya dua langkah mudah anda boleh menikmatinya  tanpa perlu pergi ke spa kecantikan dan dalam masa yang sama lebih jimat. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber : goodhousekeeping &  hmetro

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna