Mandi Air Panas Atau Sejuk, Mana Lebih Baik?

Mandi dapat menghilangkan peluh dan bau yang kurang menyenangkan serta memberi tenaga dan menghilangkan kelesuan. Namun telah menjadi perdebatan sejak dari dulu lagi tentang kebaikan mandi air panas ataupun air sejuk.

Ada yang mengatakan mandi air sejuk lebih baik daripada air panas dan ada juga yang mengatakan mandi air panas lebih baik daripada mandi air sejuk. Anda semua berpihak yang mana?

Sebenarnya kedua-dua air mempunyai kebaikan yang tersendiri untuk tubuh anda dan ianya penting untuk anda ketahui waktu yang paling sesuai untuk mandi air tersebut. Ianya juga terletak pada pilihan anda sendiri yang mana satu yang anda prefer. Namun Donna nak share dekat anda kebaikan kedua air tersebut.

Mandi Air Sejuk

via GIPHY

 

Meningkatkan Sistem Imunisasi

Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah pada badan yang berupaya melindungi diri daripada terkena penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

Memberikan Kesegaran

Kalau anda berasa lesu ketika bangun tidur anda perlulah mandi menggunakan air sejuk. Ini kerana ianya mampu memberi kesegaran dan merangsang saraf anda untuk membantu menghilangkan kelesuan dan berasa lemah selepas bangun dari tidur.

Atasi Masalah Darah Beku

Air sejuk dapat melancarkan peredaran darah dalam badan anda dan membuatkan badan lebih sihat dan bertenaga. Ianya dapat mengurangkan risiko masalah darah beku kerana proses perjalanan darah berjalan lancar.

Menguatkan Pernafasan

Mandi dengan air sejuk dapat membantu anda mendapatkan oksigen yang secukupnya. Ini kerana ketika anda mandi air sejuk anda akan menarik nafas dengan dalam kerana ingin menahan dingin air tersebut. Ianya adalah tindak balas pada badan anda agar mendapat oksigen yang mencukupi untuk mengurangkan kejutan dan memanaskan badan anda.

Membakar Lemak

Mandi air sejuk dapat membakar lemak kerana ianya akan meningkatkan haba pada lemak anda. Air sejuk merangsang haba lemak untuk memanaskan badan ketika mengalami kesejukan.

Baca:Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

 

Mandi Air Panas

via GIPHY

 

Membersihkan Badan

Suhu yang panas mampu untuk membunuh kuman dan bakteria yang terdapat pada kulit selepas seharian terdedah pada persekitaran yang kotor. Dengan bantuan sabun mandi dan air panas dapat menanggalkan kotoran dan kuman pada badan dengan baik dan sempurna.

Membantu Mendapatkan Tidur Yang Lena

Mandi air panas sebelum tidur dapat memberikan anda tidur yang lebih lena kerana air panas ini memberikan kelegaan dan ketenangan pada badan anda. Wap-wap air panas berupaya memberikan terapi pada tubuh untuk merasa senang dan selesa.

Mengurangkan Kadar Kandungan Gula

Mandi air panas dapat mengurangkan kadar kandungan gula di dalam darah kerana ianya mampu membuang toksin di dalam darah dan meningkatkan penghasilan sel darah.

Melegakan Demam dan Batuk

Air panas mampu untuk membersihkan saluran pernafasan agar hidung anda tidak tersumbat dan selesema. Ianya meningkatkan oksigen pada badan dan membantu untuk mengurangkan masalah saluran kerongkong dan paru-paru yang menyebabkan batuk.

Meningkatkan Fleksibiliti Otot

Mandi air panas dapat menyembuhkan sakit otot kerana ianya dapat memberi kelegaan pada badan dan otot. Ianya memberi kesegaran selepas berkerja seharian dan menggunakan otot sepanjang hari. Ianya mengurangkan risiko sakit otot yang berpanjangan.

Jadi keduanya mempunyai kelebihan yang hampir sama dan mampu memberikan kebaikan pada tubuh anda. Manakala perkara yang tidak memberi sebarang kebaikan pada anda adalah jika anda langsung tidak mandi dan membiarkan diri anda busuk sepanjang hari.

via GIPHY

 

Baca juga:

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Sebelum COVID-19, Dunia Pernah Bebas Dari Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:herinspirasi.com

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna