Mana Nak Travel Waktu PKP Ni? Jom Ke Kota Kinabalu Sebab…

Lepas kerajaan dah umum kita boleh jalan-jalan. Mulalah garu kepala tak tahu nak pergi mana. Siapa kata Malaysia tak cantik? Banyak sahaja tempat yang sama level dengan luar negara untuk anda berseronok. Apa kata anda pergi ke Kota Kinabalu, Sabah.

Bila sebut sahaja Kota Kinabalu, mulalah anda akan teringat gunung. Sebenarnya selain mendaki, banyak lagi tarikan lain di sekitarnya yang anda boleh pergi. Apa kata anda baca sampai habis.

BACA: Travel Gaya Road Trip Lebih Selamat Semasa Pandemik, Ketahui 4 Benda Ini!

Sumber: SP Models

Pasar Filipina

Juga dikenali sebagai Pasar Malam Sinsuran, Pasar Filipina terkenal dalam kalangan pelancong dan terletak berhadapan dengan Le Meridien Hotel. Dibuka dari pagi hingga malam, macam-macam yang boleh anda beli antara lain mutiara asli Sabah dan produk kraftangan tempatan sebagai buah tangan

Pesta makanan laut 

Kalau anda ke KK dari Semenanjung Malaysia, anda tidak boleh lepaskan peluang makan makanan laut di sana. Bayangkanlah, makanan laut seperti udang galah, ikan dan sebagainya yang mahal di KL, anda boleh dapat sebegitu murah di KK.

BACA: Dah Enjoy Travel, Kenapa Nak Bagi Kuarantin Di Hotel Mewah -Ini Jawapan Menteri!

North Borneo Railway Train Ride

Nikmati perjalanan kereta api gaya British sambil menikmati pemandangan Borneo. Pengalaman yang pasti berharga. Lepas tu pula, rekaan  agak klasik. Bolehlah ambil gambar ala-ala dalam filem Cowboy atau zaman perang.

Sumber: KKday

Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Taman Marin Tunku Abdul Rahman terletak berhampiran dengan perairan Kota Kinabalu. Taman marin ini merangkumi 5 pulau utama iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Sulug, dan Pulau Mamutik. Terdapat banyak aktiviti air yang boleh anda lakukan seperti bot pisang, para sailing, ski jet dan menyelam skuba.

Jadi apa tunggu lagi, dah boleh berkira-kira untuk jadikan Sabah destinasi pelancongan yang seterusnya. Selamat berjalan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna