Mana Lagi Best Untuk Melancong ‘Open Trip’ Atau ‘Private Trip’?

Bila dah sibuk bekerja badan pun mulalah terasa letih dan lesu. Mungkin ada di antara anda yang memilih untuk bercuti atau ‘travel’ sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa penat di badan. Bagi yang tinggal di bandar kesibukan kota yang padat mungkin membuatkan anda ingin memilih destinasi yang lebih tenang dan jauh daripada keramaian orang agar lebih selesa.

Kalau anda buka je media sosial, pasti anda dapat lihat iklan atau pakej percutian yang ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan yang murah sama ada di dalam negeri atau di luar negeri. Bagi yang belum berkahwin mungkin anda tidak mempunyai masalah atau dilema untuk memilih  sama ada private trip atau open trip.  Tapi bagi mak-mak dekat luar sana tu mesti anda ingin memilih yang dapat memberi keselesaan buat keluarga anda. Haa kalau nak tahu, jom tengok perkongsian di bawah!

Sumber: bb

Open Trip 

Zaman sekarang ni memang ramai yang memilih pakej ‘open trip’ kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pakej persendirian. Untuk pengetahuan anda, open trip lebih mudah difahami sebagai pakej gabungan dengan pelancong yang lain. Mungkin ada juga berfikir pakej ini tidak selesa kerana bercampur dengan orang luar, tapi sebenarnya banyak kelebihan yang anda perlu tahu daripada open trip ni antaranya adalah :

  • Jadual dan aktiviti sudah teratur
  • Harga lebih murah daripada ‘open trip’
  • Dapat kenalan baru, amat sesuai bagi ‘solo traveller’
  • Penginapan dan kemudahan sudah disediakan

Image result for open trip travel"

Sumber: travel

Private Trip 

Kalau dengar namanya pun, memang anda sudah tahu ianya lebih ‘personal’ dan bagi yang sukakan privasi anda hanya akan bergerak dan melakukan aktiviti hanya bersama agen. Mungkin bagi anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak ramai, trip ini lebih sesuai dan mempunyai keselesaan daripada aspek jadual dan aktiviti perjalanan ketika bercuti walaupun harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding open trip.

  • Jadual dan aktiviti perjalanan lebih fleksibel
  • Dapat pilih tempat dan destinasi yang ingin dituju
  • Hanya anda dan keluarga, tanpa bergabung dengan orang luar
  • Lebih selesa dan jadual tidak terlalu padat

Setiap orang mungkin berbeza pandangan dan citarasa, sebelum nak ‘travel’ kaji dulu tempat dan dengan siapa anda pergi agar dapat memudahkan anda memilih trip yang mana yang sesuai dan mengikut bajet. Setiap trip mempunyai kelebihan dan kekurangan, jadi pilih betul-betul ye jangan main bedal je hiks!

 

 

 

 

Sumber: liputan

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna