Mampu Ke Nak Berlaku Adil? Jangan Mimpi Nak Beristeri Lebih Daripada Satu

Haih bila bercakap saja tentang beristeri dua mesti ramai suami yang teruja, tambah lagi di Malaysia ni kebanyakan para lelaki memang menyokong apabila bab berpoligami. Memang tak dapat dinafikan membina sebuah perkahwinan adalah satu niat yang baik untuk memperbanyakkan lagi keturunan dan zuriat, namun ramai lelaki memandang ringan apabila masuk bab hukum adil dalam berpoligami.

Hukum Sebenar Suami Tidak Berlaku Adil

Berdasarkan pernyataan daripada Imam Besar dari Universiti Al Azhar Mesir, Sheikh Ahmed Al- Tayeb menyatakan bahawa poligami akan sering menyebabkan ketidakadilan pada kaum wanita dan juga anak-anak. Ini kerana ramai di antara kita yang kurang membaca dan memahami makna tersirat dalam ayat-ayat Al-quran dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sheikh Ahmed menegaskan bahawa bagi mereka yang menegaskan dalam setiap perkahwinan perlu ada poligami adalah sesuatu perkara yang salah. Dalam Al-quran juga telah menjelaskan seorang lelaki Muslim perlu menunaikan kewajipan dan berlaku adil jika ingin berkahwin lebih daripada seorang. Jika tidak mampu untuk berlaku adil, maka mereka dilarang untuk mempunyai ramai isteri.

Related image

Sumber: saga

Wanita Masyarakat Yang Perlu Diberi Perhatian Dan Kasih Sayang

Bagi menegaskan pernyataan di atas, Sheikh Ahmed juga memberi penjelasan bahawa wanita adalah memiliki separuh daripada masyarakat yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang. Ia diibaratkan berjalan satu kaki sahaja apabila kaum lelaki tidak beri perhatian kepada wanita. Ini tidak bermakna poligami adalah perkara yang dilarang atau salah, cuma seseorang lelaki perlu bersifat adil terhadap kesemua isteri yang dikahwininya.

فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Bermaksud: Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja”.

Image result for husband having affair

Sumber: times

Syarat Berpoligami

  • Jumlah isteri tidak melebih 4 orang
  • Kemampuan berlaku adil
  • Dilarang berkahwin dengan dua wanita yang bersaudara
  • Menjaga kehormatan isteri

Sebagai seorang suami dinasihatkan agar membimbing dan mendidik isteri ke jalan yang diredhai dan bersikap adil apabila ingin beristeri lebih daripada satu.

 

Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Cuba Check Tanda Ni Mungkin Suami Anda Dalam Kategori Bad Kisser

 

 

 

Sumber : aseanparent 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna