Mampu Ke Isteri Zaman Sekarang Lakukan Seperti Isteri Nabi Muhammad SAW?

Bulan Rabiul Awal adalah bulan kelahiran Nabi Muhamad dalam kalender islam dan ia jatuh pada 20 November 2018 bersamaan dengan 11 Rabiul Awal Tahun 1440 Hijrah. Oleh itu, seluruh umat islam digalakkan banyakkan berselawat ke atasnya.

Bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad, Donna ingin berkongsi kepada anda semua pengorbanan yang telah dilakukan oleh isteri pertamanya iaitu Siti Khadijah sepanjang mendirikan masjid bersama baginda.

Jom dengar apa kata kumpulan In-team terlebih dahulu;

Sumber: blogspot

Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad

Betapa indahnya nama beliau. Siti Khadijah, merupakan isteri pertama kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Nama beliau cukup besar dalam perjuangan sejarah Islam kerana gerak kerjanya dalam islam cukup hebat!

Jika anda membaca selok belok kehidupan Khadijah melalui Sirah Ibnu Hisyam, Khadijah telah mengahwini dengan Nabi ketika usianya berusia 40 tahun dan Nabi masih lagi remaja iaitu 25 tahun.

Tidak cukup dengan itu, Siti Khadijah juga seorang isteri yang sangat mulia sehingga Allah meminta jibril menyampaikan pesanan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa isterinya iaitu Siti Khadijah telah mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dan tidak melelahkan.

Tapi mengapa? Apa yang Khadijah sudah lakukan ketika menjadi isteri kepada Kekasih Allah? Inilah pengorbanan Khadijah yang anda perlu tahu;

  1. Seluruh kekayaannya iaitu 2/3 kekayaan Kota Mekah diberikan kepada suami ketiganya iaitu Nabi Muhammad untuk memperjuangkan agama islam sehingga habis semuanya!
  2. Apabila suaminya pulang dari kerja dakwah, Siti Khadijah akan menyambut suaminya di depan pintu walaupun ketika itu dirinya sibuk menyusukan anaknya iaitu Fatimah.
  3. Siti Khadijah sering manja dengan suaminya terutamanya apabila suaminya sudah penat dari menghadap ramai orang yang caci maki dirinya kerana memperjuangkan agama islam.
  4. Siti Khadijah menyusukan Fatimh sehingga keluar titisan darah, bukan lagi titisan susu.
  5. Melahirkan keturunan Nabi seramai 6 orang; Fatimah Az-Zahrah, Siti Ruqayyah, Ummi Qalsum, Zainah, Qasim dan Abdullah

Untuk pengetahuan anda, sebelum Siti Khadijah mengahwini Nabi Muhammad SAW, dia sudah pun berkahwin sebanyak 2 kali di mana kedua-dua suaminya meninggal dunia. Setiap seorang bekas suaminya mempunyai dua orang anak.

Nabi Muhammad SAW juga tidak mengahwini mana-mana hamba wanita sepanjang baginda bersama isteri pertamanya.

Itulah dia pengorbanan Siti Khadijah dan serba sedikit tentang latar belakang dirinya. Donna harap wanita pada zaman urban ini dapat mengkuti jejak langkah Siti Khadijah supaya dapat berada dalam golongan isteri mithali di syurga. InsyaAllah.

Sumber: Ustaz Abdullah Khairi

Tags:
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna