Mampu Ke Finalis Muda AJL Bersaing Dengan Otai?

Debaran dinanti semakin hampir. Malam ini kita bakal menyaksikan acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) yang sudah memasuki edisi ke-33 penganjurannya dan masih relevan hingga ke hari ini.”

Sedar tak sedar sudah tiga dekat AJL dianjurkan dan sepanjang waktu itu, AJL yang memartabatkan lagu ciptaan komposer tanah air menyaksikan kemunculan dan kebangkitan ramai artis muda berbakat besar bersaing dengan penyanyi sedia ada. Hm, mampu ke finalis muda-mudi AJL ni nak bersaing dengan otai-otai yang ternyata lebih berpengalaman malam ni kan?

Ha, jangan pandang yang muda tu sebelah mata tau. Sebab jika dikaji artis-artis yang sudah lama di dalam industri seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza juga mula bertanding pada usia muda di pentas AJL suatu ketika dahulu.

Ini dia senarai 10 artis popular bergelar finalis pada usia muda bermula dengan rekod yang dipegang Stacy yang ketika itu baru 17 tahun diikuti  Siti Nurhaliza menerusi lagu Jerat Percintaan pada umur 18 tahun.

  1. Stacy Anam

Rekod sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) termuda dipegang penyanyi popular ini pada usia 17 tahun.

Stacy yang dicalonkan menerusi lagu Aku Stacy berjaya melangkah ke pentas AJL buat pertama kalinya pada 2009.

 

View this post on Instagram

 

👄Cakap ke Tangan🤟🏼 Baru dapat post gambar2 semalam..😅 Terima kasih kepada pihak tv3 untuk program semifinal muzik-muzik semalam. Moment yang paling dirindui semalam semestinya moment penyokong2 @teamsgs yang gila awesome dan sporting habis..Rindu kamu semuaa!!!! I love u very strong lah @teamsgs💋 In Sha Allah semoga lagu cakap ke tangan ciptaan Hang Nadim & Laq ni ada rezeki ke final ya Aminn.. Terima kasih kepada komposer dan penulis lirik yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk nyanyikan lagu yang anda karya kan.. Dan akhir sekali, Semoga semua penonton terhibur dengan persembahan kami semalam!😊💋 ……….. MUA: @alhaalfa Outfit: @raffieynasir Dancers: @freakshow.crew Photographer: @irfandzahier #sfmm33 #ckt @teamsgs @kimcylovers

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Menyusul selepas itu, Stacy dicalonkan ke pentas AJL menerusi beberapa lagu seperti Pakai Buang (2010), Jahat (2011), Pelangi Senja (2013), Bosan (2014), Gilalah (2015) dan Not For Sale (2016).

Walaupun sudah dicalonkan tujuh kali sebagai finalis AJL, ternyata rezeki masih belum menyebelahi Stacy untuk memenangi pertandingan berprestij yang mengangkat martabat karya komposer tempatan.

  1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor ini mula melangkah ke pentas akhir AJL pada usia 18 tahun menerusi kemenangan lagu Jerat Percintaan pada 1996.

Nama Siti terus melonjak di pentas AJL selepas lapan tahun berturut-turut layak ke AJL dari 1996 hingga 2003 sekali gus mengukuhkan namanya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Selain pernah bergelar juara sebanyak tiga kali, Siti pernah memenangi lima kali kategori persembahan terbaik di AJL.

Kemenangan Siti bermula di AJL dengan Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu (1997), Cindai (1998), Hati Kama (1999), Balqis (2000),Ya Maulai (2001), Nirmala (2002) dan Ku Milikmu (2003).

  1. Haqiem Rusly

 

View this post on Instagram

 

JATUH BANGUN FOR AJL33. ya’ll ready?Budak Flat? Qiemilio?

A post shared by YTJT (@haqiemrusli98_) on

Penyanyi muda Haqiem Rusli, 19, antara bakat baru yang mendapat perhatian ramai ketika ini. Lagu popularnya, Tergantung Sepi berjaya melayakkan Haqiem memenangi tempat ketiga AJL32 pada tahun lalu. Menerusi AJL33, Haqiem kembali mempertaruhkan lagu Jatuh Bangun dan menampilkan Aman Ra.

  1. Aiman Tino

 

View this post on Instagram

 

💡 #terleraisebuahjanji

A post shared by Manno (@official_aimantino) on

Bakat penyanyi muda Aiman Tino mendapat perhatian ramai menerusi lagu Ku Rela Dibenci yang pernah mencetuskan fenomena dengan meraih lebih 43 juta tontonan di laman YouTube sekali gus melakar sejarah apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBR). Kehebatan lagu ciptaan ibu bapanya, Yusri Ishak dan Hazelina Mat Jalil juga berjaya melayakkan Aiman melangkah ke pentas AJL31 (2016) pada usia 19 tahun.

  1. Adira

 

View this post on Instagram

 

make up by @dinar_jengka_ ❤️❤️❤️❤️ love sangat

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Penyanyi Siti Adira Suhaimi berjaya melangkah ke pentas AJL menerusi lagu Ku Ada Kamu pada AJL25 pada usia 19 tahun. Pada AJL27, Adira berjaya ke pentas akhir menerusi lagu duet popular bersama Hafiz Suip yang juga runut bunyi filem fenomena, Ombak Rindu.

  1. Ara Johari

Pada usia 20 tahun, penyanyi muda Ara Johari beraksi di pentas akhir AJL32 buat kali pertama menerusi lagu Warkah Untukmu pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Renungan tajam ni boleh tembus sampai hati korang , jaga jaga . Jangan tenung lama lama 🥰 . Make up : @jibsalimthemua

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Pada AJL33 pula, penyanyi berbakat besar dan pemilik nama sebenar, Nurfarrah Izzatie Johari ini bakal mempertaruhkan lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok.

  1. Hafiz Suip

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip mula bertanding di pentas AJL24 (2009) menerusi lagu Masih Jelas ketika berumur 19 tahun.

 

View this post on Instagram

 

Malam ni kita berinspirasi dan kita terbang ok..believe in your self be yourself and be with Allah SWT

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Pada AJL25, Hafiz bertanding menerusi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai. Namun, Hafiz melakar kejayaan di pentas akhir menerusi lagu Awan Nano ciptaan Datuk M Nasir vokal pada AJL26 ( 2011). Pada AJL27, Hafiz berjaya ke pentas akhir menerusi lagu Ku Akui dan lagu duet Ombak Rindu ciptaan Nurzaidi Abd Rahman bersama penyanyi Adira Suhaimi pada AJL27.

Pada AJL28 dan AJL29, Hafiz mara ke acara berprestij itu menerusi lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan komposer LY dan lagu Matahari ciptaan Ajai.

  1. Khai Bahar

 

View this post on Instagram

 

ready for AJL33? 👕 @far8byalteliaamani

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Khai, 23, berjaya melangkah kali pertama di pentas AJL32 menerusi lagu Bayang tahun lalu.

Pada tahun ini, lagu ciptaan Khai sendiri iaitu Luluh berjaya mara ke AJL33.

Lagu dan video muzik Luluh juga sudah mencecah 39 juta tontonan sejak dilancarkan Julai tahun lalu.

  1. Sufian Suhaimi

Single hit pertamanya Terakhir ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen melayakkan Sufian, 24, ke pentas akhir AJL31 pada 2017.

 

View this post on Instagram

 

SS in black

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Selepas single Terakhir, single keempatnya, Dimatamu juga ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen yang dimuat naik di YouTube pada tahun lalu berjaya mencecah 50 juta tontonan.

Malah, Sufian juga bakal bertanding menerusi lagu Dimatamu di pentas berprestij AJL33.

  1. Wany Hasrita

Populariti lagu menahan Rindu dendangannya berjaya melayakkan penyanyi Wany Hasrita, 27, pada pentas AJL 32 buat kali pertama pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Mak mak be like, ‘nanti dh kawin nk makan apa?’ . … . Oh ya tudung wany semestinya dari @thehijabworld_sabah ☺️

A post shared by Wany Hasrita (@wanyhasrita) on

Walaupun tidak menang, nama Wany atau pemilik nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berjaya menempatkan nama dalam kelompok artis muda popular sedia ada.

Ternyata mereka semua walaupun muda namun tetap menunjukkan semangat dan usaha untuk melakukan persembahan yang terbaik. Bagi finalis muda juga otai yang akan berentap malam ini, good luck!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Hmetro

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna