Mamak Ini Ada Menu Maggi Goreng Milo, Ada Yang Nak ‘Try’?

Malaysia memang terkenal dengan syurga makanan. Setiap jenis makanan kita semuanya cukup rempah dan rasanya. Sesuailah dengan masyarakat kita yang memang sangat suka kalau buat food hunting dan cuba makanan baru. Tak kiralah, makanan tradisional sehinggalah yang pelik-pelik.

Baru-baru ini sebuah restoran viral di laman sosial sebab menghidangkan menu yang pelik tapi benar. Sebelum ini mereka pernah terkenal dengan Roti Canai KLCC dan Milo Cheese. Tengok gambar pun dah tahu menarik gila cuma yang milo cheese itu tak pasti la kita nak cuba atau tidak.

BACA: Tak Perlu Pakai Gelatin, Jom Cuba Resepi ;Non-Baked Oreo Cheesecake Ni Lagi Senang

Sumber: mashable.com

Kali ini, mereka hadir dengan menu baru iaitu maggi goreng milo dengan campuran coklat. Tengoklah sendiri. Tak pastilah sebati atau tidak rasanya pedas-pedas manis.

Sumber: Facebook Restoran-aliff

Bukan itu sahaja, menu lain yang menjadi perhatian ialah kuey teow goreng telur mata milo. Kalau anda tengok dekat atas telur itu ada taburan milo manis. Jadi kalau makan sekali dengan kuey teow itu, agaknya rasa apa ek?

BACA: Resipi Juadah-Juadah ‘Rare’ Yang Hanya Ada Pada Bulan Ramadan

Sumber: Facebook Restoran-aliff

 

Pelik sungguh kan? Mungkin ada yang kembang tekak bila membayangkan rasanya. Namun tidak mustahil ada yang menyukainya juga. Yelah, jika tidak masakan mereka berani menjadikan menu pelik ini sebagai tarikan ye dak? Kalau anda berani nak cuba, apa salahnya. Agak-agaknya, apa lagi evolusi yang bakal dilakukan oleh mamak ini di masa hadapan ya? Ada yang nak cuba?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Restoran Aliff

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna