Malunya! 5 Sebab Mengapa ‘Makeup’ Anda Masih Bercapuk

Tanpa foundation maka tak lengkaplah solekan anda, betul tak? Sapuan asas ini penting untuk menjadikan kulit wajah anda tampil berseri dan mampu menutup segala cela pada wajah. Namun terdapat pelbagai jenis dan fungsi bedak asas yang dijual di pasaran tetapi dilema solekan bercapuk anda masih alami.

Hmm agak-agaknya kenapa ye? Kesan pecah dan bedak asas tidak sekata membuatkan anda berasa malu apabila berhadapan dengan orang lain. Kesilapan teknik solekan dan penggunaan produk adalah punca utama mengapa ianya boleh berlaku. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom teruskan pembacaan!

Image result for hot weather

Sumber: weber

Suhu

Perasan tak makeup wanita di luar negara cantik sangat, haa untuk pengetahuan anda suhu sekeliling sangat mempengaruhi solekan. Tambah lagi jika di Malaysia dengan cuaca yang panas anda akan kerap berpeluh dan menyebabkan bedak asas anda tidak sekata akibat lebihan minyak pada muka.

Image result for foundation terlebih

Foundation  Terlebih

Buat si kaki makeup ini paling bahaya! Haa walaupun pakai foundation ni boleh menutup segala cela tapi perlu diingatkan bahawa penggunaan foundation yang berlebihan mampu membuatkan wajah anda bercapuk dengan cepat.

Loose Powder

Bedak asas kebiasaannya adalah dalam bentuk cecair, sebaik saja anda sapu pada wajah ia akan memberi kesan berkilat dan berminyak jadi penting untuk anda meletakkan loose powder sebagai teknik ‘set makeup’ agar ia lebih kelihatan matte dan tidak berkilat.

Image result for foundation terlebih

Sumber: makeup

Tangan

Hey tangan pun boleh buat muka bercapuk tau! Bila anda selesai sahaja makeup, make sure elakkan tangan anda untuk menggaru atau mengelap peluk dengan kuat. Guna teknik dabbing agar bedak asas anda kekal dan tidak bercapuk.

Cuci Wajah

Skincare is more important than makeup. Nak solekan yang cantik, anda perlu pastikan wajah anda dicuci dengan bersih untuk mengelakkan liang pori muka tersumbat. Kenali jenis kulit wajah anda dan gunakan pencuci yang bersesuaian agar solekan anda tampak lebih sekata dan lembap.

Haa harap perkongsian ini dapat membantu para wanita yang di luar sana untuk kelihatan cantik tanpa makeup yang bercapuk!

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Diet Atau Senaman, Mana Lagi Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan?

 

 

 

 

Sumber: ehbelogaku

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna