Malu Lah Bibir Merekah! Kadang-Kadang Berdarah..

Bibir merupakan pancaindera yang memainkan peranan sangat besar dalam menyerlahkan kecantikan seseorang wanita begitu juga untuk aktiviti seksual.”

Bibir yang sempurna dapat membangkitkan aura keperibadian seseorang sekaligus meningkatkan perasaan cantik individu. Sekiranya bibir berada dalam keadaan kering, gelap dan pucat, ia secara tidak langsung akan mencacatkan penampilan anda. Untuk mengelakkan bibir daripada kering sekaligus menyebabkan bibir terkopek dan berdarah jangan sesekali menjilat bibir. Menjadi habit buat wanita untuk menjilat bibir dengan alasan untuk melembabkan permukaan bibir sebenarnya adalah tindakan yang silap! Tindakan ini akan menambahkan kekeringan permukaan bibir, sekali gus menyebabkan rekahan yang lebih teruk.

Sumber Foto: hellosehat.com

Pendedahan kepada matahari dan penghawa dingin juga boleh menjadi penyebab bibir pecah yang sakit. Sekiranya anda berada di udara kering dan musim sejuk, pastikan anda menggunakan produk bibir dengan kandungan bahan pelindung matahari. Anda boleh gunakan pelbagai produk untuk memulihkan bibir yang kekeringan seperti penggunaan scrab bibir, vaselin atau gincu bibir pelembap khas. Selain itu, anda juga boleh gunakan bahan sekitar lain yang mudah untuk anda dapatkan seperti:

Sumber Foto: pexels.com

  • Madu sangat bermanfaat untuk melembabkan bibir. Khasiat yang terdapat padanya boleh menghindarkan bibir daripada kering dan pecah-pecah. Setiap malam, kamu hanya perlu sapukan madu di atas bibir sebelum tidur.
  • Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada bertukar warna menjadi gelap. Ia berfungsi untuk mengatasi pigmen kulit yang menyebabkan pigmentasi dan mengurangkan masalah hyperpigmentation yang disebabkan matahari.
  • Mentega membantu menyelesaikan masalah bibir merekah dan berasa sakit, sapukan mentega atau produk tenusu untuk mengatasi rekahan sebelum tidur.
  • Ubat Gigi  dapat membantu menyembuhkan bibir yang merekah dengan segera. Oleskan ubat gigi sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.

via GIPHY

Sebenarnya bibir kering boleh menjadi tanda bahawa anda kurang minum air dan terhidrat. Oleh itu tingkatkan pengambilan cecair pada siang hari dan minum pelbagai jenis air untuk mengelakkan bibir kering, merekah dan berdarah.

Selain itu, apa sahaja yang ingin dilakukan agar bibir kembali sihat, jangan sesekali kupas serpihan kulit dari bibir anda! Mengupas kulit dari bibir anda bermakna anda secara paksa mengeluarkan sel-sel kulit yang tidak bersedia untuk jatuh. Ia hanya menyebabkan luka kecil, pendarahan, dan bengkak, yang menjadikannya lebih sukar untuk bibir sembuh. Anda akan kehilangan lapisan perlindungan dan bibir terdedah.

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna