Malu Dengan Suami Payudara Ada ‘Stretch Marks’? Bahan Ini Mampu Hilangkannya

Malunya rasa bila dah pakai baju tidur yang seksi depan hubby, tiba-tiba ditanya kenapa ada garis-garis halus di payudara. Alamak, hilang habis mood nak manja bersama. Tak kisah bahagian mana pun, tapi bila ada je stretch marks pasti ia adalah masalah paling besar buat wanita. Mungkin bagi wanita yang belum berkahwin, anda tidak akan rasa rendah diri apabila perkara ini berlaku, tetapi bagi anda yang sudah mempunyai pasangan ia akan menganggu tahap keyakinan diri sehingga membuatkan anda berasa kurang selesa apabila bersama suami.

Faham Dulu, Kenapa ‘Strecthmarks’ Boleh Ada?

Bukan hanya pada kaum wanita, tetapi strecthmarks boleh terjadi pada si suami juga. Secara dasarnya ia terjadi apabila kulit anda dalam keadaan tegang dan perkembangan tubuh badan semakin meningkat sehingga membuatkan lapisan kulit tengah menjadi menipis. Selain daripada proses menstruasi, wanita akan mengalami stretch mark di payudara disebabkan beberapa perkara ini:

  • Tidak cukup air dalam tubuh badan dan dehidrasi
  • Mudah naik berat badan dan turun
  • Memakai baju dalam yang tidak sesuai

Image result for stretch mark dekat payudara

Sumber: harian

Minyak Semulajadi

Masalah kulit sering menjadi faktor utama yang membuatkan wanita berasa rendah diri dan kurang keyakinan. Kaedah menggunakan minyak semulajadi  seperti castor, almond, zaitun dan kelapa mempunyai vitamin dan mineral yang baik untuk dapatkan kulit yang sihat. Kandungan vitamin E sangat baik untuk merawat masalah kulit yang mempunyai masalah jerawat, kekeringan dan terutamanya stretchmark.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan minyak tersebut dan urut secara perlahan pada bahagian atas payudara. Lakukanya pada setiap hari untuk dapatkan hasil yang maksimum. Mungkin proses untuk pulih mengambil masa yang agak lama, tetapi anda akan dapat manfaat dan rasa sendiri perubahan pada kulit.

Jus Lemon Dan Timun

Lemon dan timun adalah dua bahan yang cukup terkenal dengan khasiatnya yang membantu wanita dalam bidang kecantikan. Bukan hanya anti penuaan dan kedutan, tapi ia bertindak sebagai kunci utama dapat membunuh masalah selulit anda. Hanya campurkan dua jus ini untuk menjadikan sebagai bahan kuat untuk menghapuskan selulit degil bukan hanya di payudara, tetapi di seluruh badan.

Caranya mudah sahaja, sapukan campuran jus lemon dan timun pada payudara anda, dan biarkan selama 30 minit. Pastikan anda menggunakan jus asli, kerana ia lebih baik berbanding dan tiada bahan pengawet. Jadi selamat lah untuk skin anda.

Putih Telur

Image result for putih telur

Sumber:

Anda pasti tahu tentang kelebihan putih telur adalah bahan semula jadi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit, tapi apa fungsinya pada masalah selulit? Sebenarnya putih telur mengandungi kandungan protein dan mempunyai potensi untuk menegangkan kulit sambil mencerahkannya.

Seperti mana anda pukul telur untuk membuat kek, haa macam itulah juga cara untuk anda jadikan putih telur sebagai bahan sapu pada payudara. Selepas sapu biarkan ia kering, dan bila seperti biasa sewaktu anda mandi. Tapi jangan lupa juga untuk anda apply pelembap agar kulit tidak kering dan tidak meninggalkan kesan lebih banyak selulit.

Kadang-kadang anda tidak perlu pun menggunakan produk yang mahal untuk hilangkan masalah selulit, cuba guna bahan semula jadi, mana tahu lebih berkesan. Selamat mencuba!

 

Baca juga:

3 Bahan Ini Mampu Rawat Kulit Kering Dengan Berkesan

Nak Kulit Badan Nampak ‘Glowy’? Jom Buat Spa Di Rumah

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna