Malu Celah Ketiak Hitam? Cuba Ikut Penjagaan Pelakon Jelita Ni

Celah ketiak, celah peha, belakang tengkuk atau pelipat lutut sering menjadi tumpuan masalah kulit menjadi hitam. Mungkin disebabkan kulit yang jenis kuat berpeluh dan bergesel kemudian berkepuk dalam tempoh yang sangat lama menyebabkan daki hitam melekat pada permukaan kulit.

Malulah kalau suami atau kawan nampak bila kita angkat tangan. Belum lagi kalau tak potong bulu ketiak yang kerinting tu. Bau tu, Ya Rabbi, memang tak dapat nak bayangkan! Hm, habis tu nak buat macam mana ni? Kalau potong bulu ketiak, nampak kulit ketiak hitam. Tak potong bulu, digelar pengotor pula.

via GIPHY

Gunting! Jangan cukur…

Untuk pengetahuan anda, ketiak menjadi hitam apabila anda mencukur bulu ketiak. Apa kata, berhenti cukur dan amalkan menggunting pula. Mungkin kerana permukaan kulit anda tidak dapat menerima bahan besi yang terdapat pada pencukur bulu tersebut.

Cara mengatasi dengan lebih baik…

Menurut seorang pelakon jelita, Farah Nabilah dia menggunakan pewangi ketiak yang mempunyai campuran serum dan pewangi di mana memberi 3 kali kesan lebih baik. Lebih-lebih lagi dia seorang pelakon yang mula melonjak naik dalam bidang industri, pasti orang ramai melihat penampilannya sama ada dari segi pakaian, kulit serta bau badan.

“Untuk memastikan bau badan saya kekal wangi dan celahan kulit tidak berdaki walaupun berpeluh ketika bekerja di bawah sinar matahari yang terik, saya akan pastikan orang sekeliling saya selesa dengan saya. Apa yang saya buat adalah memilih kandungan pewangi ketiak yang lain dari yang lain tapi sesuai dengan kulit saya.

Misalnya, mampu memberi vitamin C pada celahan kulit, berbau harum serta bau yang berpanjangan pada kulit ketiak saya. Yang paling penting kekasih saya suka dengan bauan harum yang melekat pada badan saya walaupun saya memakai pada bahagian tersorok, iaitu ketiak,” jelasnya ketika di perlancaran Nivea tempoh lalu.

Ha.. Walaupun di celahan kulit yang sukar untuk terdedah, anda tetap kena jaga. Lebih-lebih lagi kita ni perempuan, kecantikan kulit bahagian tersorok ni sebenarnya kena beri perhatian lebih. Bukan untuk diri kita tapi untuk si suami dahagakan kecantikan dari seorang wanita.

Untuk bacaan artikel dengan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Penat Sental Ketiak Tak Putih-Putih, Guna Cara Ni Je! , Buang Bulu Guna Lilin Lagi Best?

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna