#MalaysiaBaru Dalam Setahun Kepimpinannya, Tun M Diiktiraf Tokoh Dunia

Pilihan Raya Umum ke-14 telah membuat kejutan besar bagi seluruh rakyat Malaysia apabila buat julung kali pertamanya peralihan pemerintahan negara berlaku. Daripada sebuah parti yang sudah meneraju negara selama 61 tahun, sejarah bertukar apabila pada 10 Mei 2018 rakyat Malaysia kebanyakannya telah memilih untuk berada di bawah parti baru.

Sejak itu, ungkapan “Malaysia Baharu” digunakan sebagai tanda memulakan semula langkah ke arah Malaysia yang progresif sekaligus mempertingkatkan usaha pemimpin untuk membaiki serta mencipta kejayaan buat negara tercinta.

Sumber: thepatriots

Parti baru ini di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri kelima Malaysia iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini  kembali mengemudi negara sebagai Perdana Menteri ketujuh. Tahukah anda apa yang sudah dikecapi oleh Tun setelah setahun meneraju Malaysia? Jom lihat pengiktirafan dunia yang diterima oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Sumber: k0smo

  1. Perdana Menteri dinamakan sebagai tokoh berpengaruh dunia selain diiktiraf sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk 2019 oleh The Muslim 500.
  2. Pada bulan April 2019, Tun Dr Mahathir disenaraikan antara 100 individu paling berpengaruh di dunia pada 2019 oleh majalah berita antarabangsa, Time’.
  3. Pada awal bulan Mei 2019 pula, beliau dinamakan sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh portal antarabangsa, Fortune.com.

Ketiga-tiga penerbitan itu sudah cukup menggambarkan Tun Dr Mahathir yang berusia 93 tahun adalah insan yang luar biasa kerana berjaya menerajui gabungan parti pembangkang, Pakatan Harapan, untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei tahun lalu demi tanah airnya.

Harap Tun dipanjangkan umur dan dapat membawa Malaysia menuju kejayaan.

 

 

 

 

Sumber: malaysiaonenews

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna