“Malaysia Pernah Bantu Kami Waktu Susah, Sekarang Giliran Kami Pula,” China Hantar Bantuan!

“Hari ini mereka susah, kita bantu. Esok, lusa mana tahu hari kita pula,”

Ha, mesti anda biasa dengar orang-orang tua pesan macam ini, kan? Sebenarnya ada betulnya nasihat itu. Dalam kes COVID-19, semasa penyakit ini mula merebak di China pada Disember dan Januari, keadaan jadi sangat panik dan tak terkawal di negara itu.

Kerajaan Malaysia pernah menyumbangkan 18 juta sarung tangan klinikal kepada pegawai perubatan di China. Pada ketika itu, hospital di Wuhan tak cukup keperluan dan merayu bantuan keperluan perubatan seperti penutup muka, sut dan sarung tangan klinikal. Bantuan itu diterbangkan bersama-sama misi membawa pulang rakyat Malaysia di China.

Sumber: CNA

Kini, semasa angka penularan COVID-19 di Malaysia semakin meningkat. China pula pada masa yang sama melaporkan tiada kes Koronavirus domestik baharu dilaporkan pertama kalinya sejak Januari.

Maka, China tidak teragak-agak memberikan bantuan kepada Malaysia. China telah menghantar bantuan pertamanya iaitu peralatan perubatan ke Hospital Sungai Buloh.

Bukan itu sahaja, ahli perniagaan terkenal China, Jack Ma telah menghantar 2 juta topeng penutup mulut dan hidung, 150,000 kit ujian, 20,000 sut ke Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Tidak cukup dengan itu. Semalam, tular di media sosial seorang rakyat China berkongsi tips bagaimana China mengharungi wabak COVID-19.

Namun, apa yang meruntun hati ialah ayat terakhir gadis tersebut sebelum mengakhiri videonya.

“Rakyat China pernah menerima bantuan Malaysia pada masa paling sukar, oleh itu saya mahu beri beberapa informasi kepada rakan-rakan di Malaysia. Malaysia boleh,” katanya.

Sama-sama kita doakan agar angka penularan wabak ini semakin berkurangan dan penawar bagi virus ini dapat ditemui.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna