Malas Tapi Nak Makan? Kek Viral Ini Hanya Menggunakan 3 Bahan saja

Malasnya nak masak wei! Tapi nak makan. Macam mana ni? Kenapalah tak ada masakan yang mudah nak dimasak?”

Jika dulu resipi Rambutan Asam Boi dan Cendawan Enoki Goreng menjadi kegilaan ramai. Kini ada ciptaan menu baru yang mula menambat hati netizen seluruh Malaysia iaitu Kek Milo Viral! Mesti ramai tertanya-tanyakan kenapa kek ni jadi viral.

Ha! Kek Viral ni menjadi perhatian ramai apabila ada pengguna media sosial yang menjadi ahli dalam group terkenal di facebook iaitu Masak Apa Hari Ni (MAHN) telah kongsikan menu yang hanya menggunakan 3 bahan saja sudah menjadi sebiji kek yang sedap! Ni mesti idea datang sebab mood malas nak masak tapi nak makan, tu yang tercipta menu macam ni tapi tak apalah, janji sedap! Ye dak? Hehe!

via GIPHY

Jadi, anda mesti sudah tidak sabar nak tahu apa bahan-bahan Kek Viral ni kan?

   Sumber: Sara Vee

Bahan-bahan

  1. 2 Cawan Serbuk Koko Malta
  2. 4 Biji Telur
  3. 2 Sudu Besar Susu Pekat

Langkah-langkah

  1. Gaul kesemua bahan dengan mixer.
  2. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.

Tara! Dah siap dah. Nanti bolehlah bagi anak-anak makan dengan ais krim! Ya Allah tiba-tiba lapar pulak bila menulis artikel kek ni. Okayla! Nak pergi buat kek viral untuk anak-anak hehe..

                                                                                                                                                                            Sumber: Sara Vee

Sumber: Sara Vee ,  Says

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna