Makin Teruk! Staf KKM Terpaksa Sarung Plastik Sampah Dijadikan ‘Perisai’ COVID-19

Makin hari jumlah mangsa dijangkiti virus Koronavirus (COVID-19) di Malaysia makin meningkat. Boleh dikatakan pada setiap hari meningkat lebih 100 orang sehinggakan angka setakat ini mencecah hampir 1500 kes.

Lebih parah lagi apabila kita dikhabarkan beberapa ahli perubatan dan pihak bertugas beruniform ada yang dirawat akibat terjangkiti wabak berbahaya ini. Ini semua berpunca daripada sikap penting diri dan kedegilan sesetengah masyarakat kita yang tidak mengikut arahan kerajaan.

Sumber: bernama

Kesan dari kedegilan sesetengah rakyat Malaysia…

Disebabkan hal ini juga, peralatan perubatan dan perlindungan untuk staf KKM semakin berkurang sehingga topeng muka terpaksa dicatu kerana gusar peralatan tidak mencukupi untuk kecemasan lebih memudaratkan pada masa akan datang.

Lihatlah keadaan staf KKM sebenar apabila plastik sampah biru bersaiz kecil dijadikan sebagai ‘perisai’ untuk menghalang dari terkena virus COVID-19. Video ini dikongsikan salah seorang pengguna Facebook yang ingin dikenali Sera Bagus.

Mereka seperti ke medan perang tanpa senjata. Tabahnya kakitangan perubatan KKM disarungkan plastik sampah. Tiada ah, tiada yang membantah, hanya pasrah. Wahai rakyat Malaysia, pengorbanan mereka sebegini pun kamu masih bongok dan buta?Dialog dalam video:"Tak ape lemas sekali, daripada lemas selama-lamanya."PS: Aku pos pasal *kekurangan PPE di KKM sebab masih ramai yang salahkan KKM dan kerajaan (dan tak salahkan diri sendiri yang masih berkeliaran luar kawasan) padahal satu dunia bekalan PPE kehabisan sebab wabak Covid tak mengira negara dan sempadan. *Kekurangan PPE juga terjadi di hospital-hospital swasta.Sumber: WhatsappKekurangan PPE turut berlaku di UK dan mereka juga gunakan plastik sampah, mujurlah negara mereka sejuk.https://www.express.co.uk/news/uk/1258278/UK-coronavirus-news-NHS-doctors-infection-disease-shutdown-London#jangancakapKKMtakbuatkerja#takpayahnaksalahkankerajaan#korangkenadudukrumahpunmengeluhsusah

Posted by Sera Bagus on Saturday, March 21, 2020

Bekalan PPE habis!

Katanya, tujuan utama dia memuat naik video ini untuk menunjukkan kepada orang ramai supaya sama-sama bantu pihak bertugas untuk memutuskan rantaian wabak dengan tidak keluar rumah sesuka hati.

“Bekalan PPE tak kira hospital kerajaan mahupun swasta makin berkurang dan ada yang kehabisan stok kerana wabak berjangkit ini menular dengan pantas tak mengira negara dan sempadan,” tulisnya.

Pihak KKM sentiasa menasihatkan orang ramai agar mengamalkan nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh kementerian menerusi media sosial. Ingatlah! Setiap warga Malaysia boleh memainkan peranan dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Kasihan mereka terpaksa berpanas dalam plastik. Bayangkan kalau kita ditempat mereka, bolehkah kita bertahan lebih dari 1 jam? Paling tidak, kita akan merungut rasa panas dan tidak selesa.

Semoga kuat barisan hadapan COVID-19!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Ingkar Arahan! Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Parah

Selain Karaoke, Ini 9 Cadangan Aktiviti ‘Indoor’ Sepanjang Musim COVID-19

 

 

 

 

Sumber: KKM , SeraBagus

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna