Makin Berleluasa! Facebook Akan Sekat Info Kumpulan Anti-Vax

Baru-baru ini rakyat Malaysia sibuk membincangkan mengenai satu pendebatan yang sangat panas di antara anti-vax dan golongan yang menyokong vaksin apabila sebuah rancangan bual bicara sebuah program televisyen membuka topik perbincangan ini. Selain itu, sebuah video juga tular apabila seorang pengguna twitter yang menggunakan nama samaran @The_Endie telah berkongsi ucapan dari Tun Dr Siti Hasmah di laman twitter bercakap mengenai kepentingan suntikan vaksin kepada bayi yang baru lahir.

Isu vaksin bukan isu dalaman kerana kini sudah kecoh satu dunia banyak kematian kanak-kanak disebabkan tidak diberi vaksin. Kasihan si kecil menjadi mangsa akibat kedegilan ibu bapa yang enggan memberi vaksin kepada mereka. Gambar artikel di bawah adalah bukti golongan anti-vax memudaratkan kanak-kanak.

Bila sudah melibatkan seluruh dunia dan banyak nyawa terancam, Facebook dan beberapa syarikat pengiklanan yang terkenal mula mengambil tidakan dengan menggunakan kuasa veto mereka untuk membubarkan perkara atau perbincangan yang melibatkan Anti-Vax.

Sumber: suara.com

Menurut sebuah laporan di luar negara, sebuah syarikat pengiklanan media sosial yang terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa segala iklan yang berkaitan dengan penentangan vaksin akan disekat untuk tontonan awam. Malah, mereka akan menapis bahagian carian yang berkaitan tentang mana-mana penubuhan organisasi atau informasi vaksin yang memberi maklumat tidak tepat.

Laman media sosial Facebook juga mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan yang lebih efektif apabila mereka akan mengusahakan satu rancangan dalam menyebarkan maklumat yang tepat mengenai vaksin dari organisasi yang boleh dipercayai, di mana mereka akan meletakkan bahagian carian untuk orang awam.

Sumber: BH

Naib presiden Facebook, Monika Bickert berkata pada pemberita pada hari Khamis lepas, kami dapati kebanyakkan pengguna Facebook akan mencari segala maklumat tentang kesihatan terutamanya topik vaksin di bahagian carian Facebook. Jadi, kami akan memastikan ruangan carian itu sesuai untuk pembacaan umum supaya mereka dapat informasi yang betul tentang vaksin.

Sumber: YT

Monica menambah lagi, jika masih lagi terdapat maklumat yang bercanggah tentang ilmu kesihatan dan vaksin, pihak kami akan mengambil tindakan seperti block pengguna, group anti-vax atau iklan tersebut dari Facebook. Hal ini bertujuan untuk menghentikan anti-vax dari berleluasa.

Lepas ni, anti-vax kenalah berhati-hati dalam menggunakan Facebook. Takut nanti kena block pula dengan Facebook, ihiks!

 

 

 

Sumber: vogue

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna