Makanan Yang Selamat Dimakan Walaupun Dah ‘Expired’

Tarikh yang tertulis pada produk makanan mungkin sudah melepasi tempoh luput, namun kenyataannya ada yang masih elok dan boleh dimakan!”

Ada setengah orang sangat sensitif dan peka mengenai tempoh hayat makanan atau produk untuk memasak. Mereka beranggapan jika sudah hampir dekat tarikh luput makanan, kualiti dan isi kandungan pasti sudah rosak dan tidak boleh dimakan. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tarikh luput itu adalah untuk memaklumkan pengguna tentang kesegaran makanan itu. Dengan kata yang mudah, walaupun sudah lepas tarikh luput, sesuatu produk makanan itu masih dalam keadaan baik untuk anda makan. Cuma kualiti rasa makanan itu mungkin berbeza sebab tidak segar seperti masa anda mula-mula beli.

Sumber Foto: prevention.com

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, ini antara produk makanan yang masik boleh anda makan jika sudah melepasi tarikh tamat tempoh. Namun jika produk makanan kelihatan teruk, busuk dan nampak lain macam janganlah teruskan niat untuk makan makanan tu.

 

  • Keju

Sumber Foto: hellosehat.com

Jika anda nampak kulat mula menumbuhi permukaan keju, jangan terus buang! Buang sahaja bahagian yang telah rosak dan selebihnya masih boleh digunakan lagi. Keju memang boleh dimakan dengan selamat jika disimpan dalam tempoh yang panjang sekalipun.

 

  • Bijirin sarapan pagi

Sumber Foto: hmetro

Biji-bijiran memang mengandungi jangka hayat yang tinggi. Jika anda menyimpan dalam kondisi ruang yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari ia masih boleh dimakan selama sebulan dari tarikh luput. Cuma elakkan daripada terdedah kepada ruang terbuka, bukan apa kadangkala belum masuk tempoh luput, bijiran sudah masuk angin. Memang ke tong sampah la jawabnya.

 

  • Pasta

Sememangnya janga hayat yang tertulis pada pasta itu sendiri lama iaitu di antara satu hingga dua  tahun, ia sebenarnya boleh bertahan lebih lama lagi. Ini kerana bahan tersebut kering dan tidak mengandungi air. Asalkan ia disimpan di dalam ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan tempat kering, pasta yang belum di masak akan boleh tahan lama. Begitu juga dengan pasta yang telah dimasak, asalkan ia tidak mengandungi air dan dalam kondisi yang baik, ia boleh disimpan dan dimakan lebih kurang dua hingga tiga minggu.

Sumber Foto: 123rf

  • Roti

Roti memang akan rosak, tetapi roti yang telah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan lagi. Tetapi jika roti tersebut berbau masam dan sudah tumbuh kulat,eloklah anda tidak memakannya!

 

  • Yogurt

Sumber Foto: Google Image

Jika anda terlupa makan yogurt yang masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti, jangan terus buang jika terlihat sudah melepasi tarikh luput. Ia sebenarnya masih selamat dimakan setelah satu hingga dua minggu dari tarikh itu. Buka dan periksa dulu kandungannya, jika sudah berkulat abaikan sahaja dan terus buang ke tong sampah.

 

  • Kerepek Kentang (makanan ringan)

Sumber Foto: rd.com

Jika bungkusan tersebut telah dibuka, kerepek kentang anda boleh dimakan untuk beberapa minggu, cuma mungkin sudah masuk angin dan tidak sedap untuk dikunyah. Tetapi jika bungkusan masih belum dibuka, kerepek atau keropok masih boleh dimakan sebulan selepas tarikh luput.

 

  • Coklat

Sumber Foto: seriouseats.com

Kalau anda perasan, coklat yang sudah lepas tarikh luput akan ditumbuhi dengan lapisan warna putih. Itu bukan kulat ya, tetapi dikenali sebagai ‘chocolate bloom’ iaitu berpunca dari gula atau lemak. Dan ia selamat untuk dimakan.

 

  • Rempah/sos

Sumber Foto: foodinjars.com

Sekiranya sudah melepasi tarikh luput, botol sos atau rempah ratus yang telah dibuka masih boleh digunakan. Cuma hidu terlebih dahulu sama ada bau basi atau tidak. Manakala jika masih belum dibuka dan disimpan di dalam kabinet, ia boleh bertahan sangat lama dari tarikh luput yang tertera.

 

  • Makanan sejuk beku

Sumber Foto: hindustantimes.com

Makanan sejuk beku memang diakui masih boleh dimakan meskipun telah melepasi tarikh luput. Namun khasiat makanan yang telah disimpan lama di ruang sejuk beku dikatakan tidak segar seperti makanan ditempatkan diruangan biasa.

 

  • Makanan yang dibungkus

Sumber Foto: 123rf

Lebam yang terdapat pada timun, salad yang layu dan sebagainya sebenarnya masih boleh dimakan. Asalkan sayur tersebut tidak berlendir atau busuk. Amalkan menyimpan sayur atau buah-buahan dalam bekas khas atau dibalut dengan plastik.

 

Sumber: myhealth.gov.my layarsukses.com

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna