Makanan Semulajadi Ini Mampu Naikkan Rangsangan

Psst!!! Yang baca dah kahwin ke belum? Info ni khas untuk yang dah berkahwin je tau. Nanti tersalah makan, terangsang sendiri. Ha, jawablah sendiri!”

Zaman sekarang ni ada macam-macam ubat yang kononnya dipanggil ubat kuat yang digunakan untuk tujuan memantapkan tenaga batin. Eh, bukan kita kata tak kuat! Kuat, cuma nak mantapkan lagi katanya. Bila Donna cakap tentang tenaga batin ni, bukan lelaki je yang kena kuat tau, wanita pun kena mantap barulah ‘umph’! Hiks!

Sedikit peringatan tentang penggunaan ubat-ubatan ni, kadang-kala jika tersalah pilih ubat, lain pula jadinya. Ada pula produk-produk yang boleh mendatangkan kesan terhadap diri si penggunanya. Kalau kesan sementara tak apa, ni kalau kesan seumur hidup, tak pasal-pasal menyesal.

Sebab tulah, Donna nak kongsi cara semulajadi untuk bantu menaikkan lagi rangsangan ketika melakukan hubungan intim. Baca bawah ni:

via GIPHY

Sup turpedo

Sup turpedo juga dikenali sebagai sup zakar lembu atau kambing. Gulp! Dengar pun dah geli tapi bahagian ini lah dipercayai mampu menaikkan rangsangan pasangan anda. Menurut sumber, kepercayaan pelik ini dibawa masuk oleh para pedagang sejak lebih 500 tahun yang lalu.

Sumber: internet

Sehingga ke hari ini sup zakar atau sup torpedo ini banyak dijual di kedai-kedai restoran mamak atau gerai di tepi jalan. Kalau anda tak mampu nak masak, mungkin anda boleh beli di luar dan panaskan di rumah untuk hidangkan pada suami anda. Selamat mencari ye!

Tiram

Menurut sebuah kajian di United Kingdom, Doktor Hoppe mengeluarkan kenyataan bahawa tiram mengandungi zink dan mineral yang tinggi sehingga dapat membantu pemprosesan dan pengeluaran sperma dengan jumlah yang banyak serta dapat meningkatkan jumlah cecair yang berada di dalam otak untuk rangsangan seks.

via GIPHY

Pisang Sri Lanka

Seperti kita tahu, pisang dapat memberi kita tenaga. Kalau nak bersukan pun, mesti alas perut dengan makan pisang. Ini kerana, sebatang pisang mengandungi bromelin enzim dan potassium, riboflavin dan vitamin B2 yang dipercayai dapat meningkatkan hormon seks para lelaki serta menguatkan tulang.

Sumber: pexels

 

Selain, senarai di atas, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah juga antara yang paling dicari ramai sebagai ikhtiar membantu menguatkan tenaga dalaman. Cuma nasihat Donna, elakkan daripada menggunakan produk yang telah diproses. Tak susah pun nak cari makanan-makanan di atas ni. Kebanyakkannya ada dijual di kedai-kedai, menanti untuk dibeli. So, menu malam ni sup turpedo ke? Hiks!

 

 

 

 

Sumber: Cosmopolitan

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna