Makanan Halal Cina Boleh Makan & Patut Cuba

Adatlah hidup di dalam masyarakat majmuk, pelbagai perayaan boleh kita sambut, pelbagai makanan boleh kita rasa. Sehinggakan, ada sesetengahnya menjadi kegemaran untuk santapan harian rakyat Malaysia, seperti Capati, Tosei dan banyak lagi.

Ha, Tahun Baru Cina pun dah semakin hampir, apa kata kita cuba beberapa jenis masakan Cina yang ‘rare’ jarang dicuba juga halal untuk kita yang beragama Islam.

Sumber: internet

Lao Sha Bao 

Bagi anda yang minat apa-apa makanan dengan telur masin, anda pasti gemar Lao Sha Bao juga. Secara amnya, ia adalah roti ataupun pau yang mengandungi telur masin di dalamnya. Bila anda gigit kuih ni, telur masin akan melimpah-limpah jatuh ke dalam mulut.

Sumber: the smart local

Emm… sedap kan? Untuk merasa Lao Sha Bao versi halal, anda boleh je ke mana-mana kedai Dim Sum yang halal.

Nian Gao Goreng 

Menjelang Tahun Baru Cina kuih Nian Gao Goreng lah paling popular sebab kuih ni lebih kurang macam kuih bakul. Cuma yang bezanya ialah kuih ini dikapit antara ubi keledek dan keladi, kemudian digoreng dengan tepung crispy. Kuih ini juga akan menjadi hidangan utama bila hari pertama perayaan Cina.

Sumber: internet

Lui Cha

Lui Cha mengandungi kombinasi beberapa makanan berkhasiat seperti kacang goreng, kacang panjang yang dipotong kecil-kecil, tauhu, kacang hitam dan macam-macam lagi yang digaul sekali dengan nasi. Tidak cukup dengan itu, Lui Cha ini akan digaul bersama kuah green tea yang dicampur dengan basil, kacang dan bijan.

Sumber: malaysiabest

Unik tak? Anda boleh pilih untuk tuangkan ‘sup’ dalam campuran ni atau celup sedikit demi sedikit setiap kali disuap ke dalam mulut.

Buffet Dinner

Makanan halal cina yang lain, anda boleh dapatkan di Superdeals! Di sini anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan Cina yang halal dan menarik. Klik saja di sini untuk dapatkan promosi menu hidangan Cina yang halal dan murah!

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna