Makan Sikit, Cepat Pula Lapar! Macam Mana Nak Kurus Ni?

Kalau nampak wanita lain makan banyak tapi tetap kurus, mesti rasa jealous betul tak? Biasalah, orang perempuan kadang-kadang ada waktu dia punya makan sampai tak henti lepas tu bila berat badan naik anda juga yang akan rasa kecewa.

Cuba anda lihat  kawan-kawan yang mempunyai bentuk badan ideal dan cantik mesti anda tertanya-tanya macam mana nak badan seperti mereka. Nak makan banyak tapi takut berat badan naik bila diet dan ambil makanan seimbang rasa cepat lapar pula.

Haa jangan risau apa kata anda cuba amalkan cara ini, yang penting anda kena berazam untuk komited dan yakin!

Image result for minum air sebelum makan

Sumber: rileklah

Minum Air Sebelum Makan Berat

Pastikan anda minum air masak 30 minit sebelum makan dan baru menikmati hidangan tersebut. Ia bukan sahaja membuatkan anda kenyang tapi ia akan melembapkan lapisan perut dan mengelakkan daripada anda mengalami sakit perut.

Makan Buah Sebelum Sebelum Makan Berat

Ada juga yang beri cadangan untuk makan buah terlebih dahulu sebelum makan makanan berat agar mampu membantu menjaga kuantiti makanan anda.

Image result for makan dengan perlahan

Mengunyah Makanan Dengan Perlahan

Dah minum air dengan makan buah, tapi masih tak berkesan? Jadi apa kata anda perlahankan proses mengunyah supaya enzim menyerap dengan baik. Kaedah ini juga akan memberikan anda masa 20 minit selepas makan hidangan pertama dengan buah-buahan.

Kuantiti Makanan Yang Ingin Dimakan

Cuba anda elakkan ambil kuantiti nasi dengan banyak, paling terbaik anda disarankan untuk memilih jenis beras perang kerana ia tidak memberikan kemudaratan pada kesihatan kita.

Anda boleh tambahkan sambal sebagai makanan sampingan supaya menjadikannya lebih sedap. Tapi pastikan sambal tu kurang minyak tau! Selamat berdiet!

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Terdesak Nak Kurus Dalam Masa Singkat? Cuba GM Diet Seminggu Je Boleh Turun Sampai 6KG

Diet Atau Senaman, Mana Lagi Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan?

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna