Makan Nanas Penyebab Keguguran?

Belum ada kajian mengatakan rahim seseorang wanita lemah dan susah untuk hamil hanya jika seseorang wanita tersebut mengalami pendarahan haid yang banyak apabila memakan nanas. “

Sangkaan berkaitan nanas menyebabkan pendarahan haid yang agak banyak adalah tidak tepat.  Ramai wanita menggunakan teori sebegitu untuk menggugurkan kandungan atau mempercepatkan aliran haid tamat daripada tempoh sepatutnya. Sebenarnya, nanas bukanlah penyebab pada keguguran, atau memaksa pengeluaran darah haid yang banyak. Belum ada kajian mengatakan rahim seseorang wanita lemah dan susah untuk hamil hanya jika seseorang wanita tersebut mengalami pendarahan haid yang banyak apabila memakan nanas. Kandungan mangan dalam buah nanas dapat membantu mengurangkan gejala PMS ketika datang bulan. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang dapat mengurangkan radang yang menjadi punca kepada kesakitan dan rasa senak di perut semasa sedang haid. Nanas mengandungi enzim Bromelain yang kaya di dalam teras nenas ini telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan dengan merehatkan otot otot. Eloklah jika anda berjumpa doktor terlebih dahulu jika mengalami masalah berkaitan darah selepas memakan nanas. Jangan buat kesimpulan sendiri ya!

Sumber Foto: thepointofwellbeing.com.au

Nanas tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan bukan hanya buah yang sedap dimakan tapi boleh dijadikan jus minuman. Nanas kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai dalam kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan atau sayur sampingan selain dimakan dalam bentuk lain seperti jem nanas atau tat nanas. Bukan setakat itu saja,  nanas juga mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh mengakibatkan penyakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid dan bukannya pendarahan haid yang banyak.

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain yang kini digunakan sebagai bahan untuk melembutkan daging. Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Ia turut terkandung mineral, serat dan enzim yang baik untuk sistem penghadaman dan membantu mengekalkan berat badan ideal dan keseimbangan nutrisi. Nanas juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan boleh dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Nanas mengandungi lemak dan garam yang minimum serta tidak mempunyai kolesterol.

 

HEBATNYA NANAS!

Sumber Foto: independent.co.uk

Jangan tak tahu nanas juga mengandungi sejumlah kecil vitamin B2, B3, B5 dan B6. Ini jelas menunjukkan nanas merupakan buah yang sedap, berkhasiat dan menyihatkan. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas dapat membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes mellitus dan kanser. Khasiat lain nanas:

  • Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.
  • Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus. Ia juga mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak.
  • Makan nanas dapat melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.
  • Nanas juga kaya dengan serat dan amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah membuang air besar yang tidak teratur.
  • Nenas kaya dengan Mangan iaitu sejenis mineral yang penting untuk menguatkan tulang dan sendi

 

 

Sumber: Public Health Malaysia

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna