Makan Jering & Petai Memang Busuk Tapi Puas!

Nasi panas jika dihidangkan bersama sambal belacan, petai dan jering memang kombinasi menarik. Boleh jadi ada yang bertambah nasi berpinggan-pinggan.”

Makan petai dan jering akan membuatkan mulut berbau busuk? Don’t care!! Hidangan di atas meja jika dihidangkan dengan sajian kampung tidak akan terlepas dengan pelbagai jenis ulam-ulaman seperti itu. Petai dan jering mungkin hanya terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ini semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di restoran masakan melayu terkemuka.

Sumber Foto: zonakeras

Petai dan jering dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Selain itu, ia dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia.

 

Jering Penawar Kencing Manis?

Sumber Foto: wikipedia

  • Jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja. Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api. Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya. Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk.
  • Di sebalik keistimewaan buah jering sebagai ulam, ia juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan dan kesihatan. jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus. Jering pula didapati mengandungi banyak zat seperti lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

 

Petai Bantu Masalah Kecacingan

Sumber Foto: hellosehat

  • Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
  • Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

 

Disebabkan khasiat yang terselindung, bermula hari ini jom amalkan makan petai dan jering setiap hari. Sanggup atau tidak?

 

 

Sumber: rasasihat ukm iluminasi

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna