Makan Buah Pun Boleh Gemuk? Biar Betul!

Pemakanan yang baik adalah faktor penting dalam mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik. Makanan yang baik untuk diet seimbang adalah sajian berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Banyak penyakit kronik mempunyai peluang yang lebih baik untuk dielakkan dengan mengamalkan pengambilan diet mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran.

Sumber Foto: healthline

Namun, bukan semua buah-buahan sesuai dengan diet seseorang. Buah-buahan merupakan agen sukrosa atau fruktosa (gula daripada buah) dan sesetengah buah-buahan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Untuk penghidap diabetes dinasihatkan supaya mengelak makan buah pisang secara berlebihan, bimbang akan mempengaruhi kandungan gula dalam darah. Jadi, jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan atau mengawal kandungan gula dalam darah, elakkan beberapa buah ini.

Sumber Foto: mashed

  • Laici – Mempunyai 29g gula bagi setiap hidangan sekaligus menjadi antara buah yang paling tinggi kandungan gula. Oleh itu laici sesuai dimakan pada kuantiti yang sederhana sahaja agar kandungan gula tidak berlebihan.
  • Buah tin – Buah ini mempunyai sumber potasium, serat, kebaikan dan khasiat tertentu namun mempunyai kandungan gula yang agak tinggi iaitu 27g gula bagi setiap hidangan secawan.
  • Mangga – Mangga mengandungi 23g gula setiap hidangan namun merupakan sumber vitamin A yang baik untuk anda. Ketika musim mangga, berpada-pada untuk mengambil hidangan buah ini ya. Takut-takut berat makin naik pula.
  • Anggur – Kaya dengan anti oksidan dan serat, tetapi secawan anggur mempunyai 15g gula.
  • Nanas – Sepotong buah nanas bersaiz sederhana mempunyai 15g gula, 19g karbohidrat dan 100 kalori tenaga. Namun, ia merupakan buah rendah kolestrol dan mempunyai lemak yang baik.

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai tubuh badan, diet dan kesihatan, layari podcast Ais Kacang – Bro Sis Sado. Mahu sado ? Buah Punca Gemuk? Semuanya bakal terjawab dalam BroSis Sado bersama Nana Al-Haleq dan Nik Mohd Fadhil. Klik di sini AIS KACANG

 

Sumber: mrtengkuasmadi doktersehat freemalaysia

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna