Makan Berlebihan? Jom Amalkan 20 ‘Minute Rule’ Ketika Berbuka

Tidak kira sama ada beli makanan di bazar mahupun masak sendiri, pasti waktu berbuka menjadi waktu yang dinanti-nantikan. Bila penuh sahaja sajian di atas meja, nafsu pun mulalah membuak-buak kerana di minda anda sudah seharian tidak makan dan minum. Bagi anda yang mahu turunkan berat badan, bulan puasa adalah peluang bagi anda untuk mendapatkan tubuh yang langsing. Tapi macam mana ni, masuk sahaja minggu pertama puasa perut dah buncit?

Image result for table full of food

Sumber: the manor

Ramai di antara anda yang makan berlebihan ketika berbuka kerana terpengaruh dengan semua juadah yang ada di hadapan anda. Jangan risau, Donna akan kongsikan amalan 20 minute rule ketika berbuka untuk anda dapat mengelak daripada makan berlebihan.

Image result for women eat

Sumber: thriveglobal

Jika mengikut sunnah, anda disarankan memakan kurma dan minum segelas air ketika berbuka dan terus mendirikan solat maghrib. Ini kerana khasiat kurma mampu memberikan tenaga dan serat untuk anda berasa kenyang dengan lebih lama. Kalau anda nak tahu, rasa kenyang akan datang selepas 20 minit dan ia tidak akan datang dengan serta merta.  Jadi ambil masa 20 minit untuk anda rehatkan perut agar anda tidak makan dengan kuantiti yang banyak.

Image result for jenis air minuman

Sumber: aurasteamboat

Bukan itu sahaja, apa kata anda mengamalkan dengan tiga jenis air iaitu air panas, air kosong dan air manis. Berbuka lah dengan air panas kerana ia mampu ‘hidupkan’ sistem pencernaan yang telah berehat hampir 13 jam. Kalau dahaga sangat, apa kata anda minum air kosong, tapi jangan berlebihan nanti kembung perut dengan air pula. Take it slow and easy!  Ada setengah orang, air manis mesti tak boleh tinggal, jadi apa kata anda minum last sekali. Ingat jika banyak minum manis, banyak juga lah kalori meningkat. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: Kevin Zahri

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna