“Mak Mertua Tak Marah Ke?” – Izara Aishah Bidas Netizen Pertikai Penampilannya

Izara Aishah, satu nama tak asing lagi dalam dunia lakonan tapi sejak September lalu sebuah portal memberitahu bahawa dirinya mengambil keputusan untuk berehat sebentar dalam dunia hiburan untuk memberi fokus kepada keluarganya di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi dia dan suami stabil.

Bagaimanapun, dirinya tetap menjadi perhatian orang ramai. Mana tidaknya, sudahlah cantik, berbakat pula tu. Kalau bab berfesyen memang nombor satu! Pakailah apa saja pun mesti vogue. Lagipun dirinya menantu kepada penyanyi hebat nombor satu tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza, memang terpalit sekali la populariti tu.

Sumber: ig izaraaishah

Apa yang menarik perhatian kami untuk bercakap tentang pelakon berusia 26 tahun ini adalah salah satu posting di akaun Instagram miliknya diserang netizen kerana pakaiannya agak seksi ketika menghadirkan diri di sebuah majlis, Most Glam Annual Ball 2019.

“Ok bawang done!”

Mereka bertanya Izara, tidakkah mertua atau suaminya memarah dirinya kerana berpakaian seksi?  Ini jawapan Izara.

Patutlah selama ni Izara tutup ruangan komen, sebab malas nak menjawab. Tak apa lah, jadi selebriti terkenal ni, benda ni memang kena hadap sebab diri kita menjadi perhatian orang ramai. Sabar ye Izara. Kepada netizen pula, jangan kita cepat menghukum dan tegur secara kasar.

Untuk bacaan lebih menarik, anda klik saja senarai artikel berikut: Penampilan Meghan Markle Ketika Hamil Tarik Perhatian Ramai , Oh Lelaki! Ketahuilah ‘Masalah Terbesar’ Wanita

 

 

 

 

Sumber: ig beautytips

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna