Mak-Mak Kena Tahu Bahaya Jika Bayi Terlalu Kerap Hisap Jari

Memang sudah menjadi tabiat seorang bayi menghisap jari saat mereka berada dalam kandungan. Ia adalah satu proses yang normal kerana disitu mereka mula belajar untuk menyusu. Menurut Husna Razak seorang doktor, menyatakan bahawa menghisap jari merupakan salah satu cara kanak-kanak meneroka badan dan membina personaliti mereka.

Kenapa Sesetengah Bayi Menghisap Jari? 

Mungkin anda sebagai seorang ibu mesti tertanya-tanya jika ia normal mengapa tidak semua bayi menghisap jari. Secara amnya sucking reflex digunakan untuk menyusu. Apabila ia dilakukan secara kerap bayi tersebut akan mula berasa seronok menghisap dan terus menjadi tabiat untuk menghisap jari bagi mendapatkan keseronokan. Kalau anda perasan, sebenarnya menghisap jari ini adalah salah satu cara untuk mereka menenangkan diri, sebagai contoh apabila terpisah dengan ibu bapa. Ia sama seperti kanak-kanak yang tidak boleh tidur tanpa bantal ‘busuk’ mereka.

Image result for bayi hisap jari

Sumber: siraplimau

Kesan Bayi Sering Hisap Jari 

Jika anak anda menghisap jari dengan kerap dan menggunakan daya hisapan yang kuat ia mungkin akan berlakunya beberapa kesan di mulut. Beberapa kajian telah menyatakan bahawa hanya sedikit daya hisapan mampu mengerakkan gigi jika dilakukan dalam masa yang lama. Antara kesan-kesan yang tidak diingini adalah :

  • Occlusion berlaku apabila gigi hadapan akan menindih gigi hadapan dibawah, jari yang dihisap pula akan berada dalam keadaan menekan dan menyebabkan gigi bayi jarang.
  • Pelat huruf ‘s’ dan ‘t’
  • Proses menghisap jari akan menyebabkan pipi kanan dan kiri menghimpit rahang. Jika tabiat tersebut dilakukan secara berterusan kedudukan gigi akan berubah dan secara tidak langsung akan menjejaskan penampilan kanak-kanak tersebut.

Image result for bayi hisap jari

Sumber: asianparent

Cara Untuk Menghentikan Tabiat Hisap Jari 

  • Alat bantuan seperti ubat pahit yang boleh dimakan diletakkan pada jari si manja anda, agar rasa pahit itu dijadikan sebagai penghalang untuk mereka tidak meneruskan tabiat tersebut.
  • Oral Appliance adalah alat logam berbentuk dawai yang boleh diletakkan pada belakang gigi untuk menghalang daripada kanak-kanak meletakkan jari ke dalam mulut.

Jika keadaan semakin kronik, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan penjelasan secara teperinci dan mungkin boleh mengurangkan kesan buruk tabiat jari.

Hujung minggu jika bosan, apa kata bawa famili ke Mr.DIY! Dengar cerita ada promosi menarik sempena 500th Store Celebration.

 

 

 

Sumber: drhusna

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna