Mak Ayah Perlu ‘Alert’ Dengan Hal Ni Jika Anak Hidap Asma

Serangan asma boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Tidak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun tua. Bagaimanapun, menurut Ketua Farmakologi Klinik Pediatrik Kebangsaan di Denver, Dr. Stan Szefler tahap asma mempunyai peringkat yang berbeza-beza jadi, cara merawatnya pun berbeza-beza mengikut tahap kekerapan serangan.

“Apa-apa pun setiap rawatan untuk penghidap asma haruslah rujuk kepada pihak doktor terlebih dahulu untuk mengetahui apakah kesesuaian rawatan yang harus diambil untuk mengelakkan dari berlakunya kesukaran bernafas. Tapi, lain pula bagi kanak-kanak, ibu bapa harus mengikuti beberapa langkah untuk mengelak dari kurang terkena serangan asma,” katanya.

via GIPHY

Antara alternatif rawatan asma untuk si manja adalah….

Jumlah makanan yang sedikit

Si kecil yang menghidapi serangan asma boleh berasa sukar bernafas apabila mereka dalam keadaan terlalu kenyang. Cuba beri mereka jumlah makanan yang sedikit untuk hilangkan mereka berasa lapar tapi, pastikan mereka makan dengan kerap.

Senaman

Pastikan mereka bersenam sekurang-kurangnya 1 jam satu hari. Misalnya, berenang, berlari, menari atau apa-apa aktiviti yang boleh beri mereka bergerak aktif. Cuma jangan biarkan mereka dalam keadaan terlalu penat. Lain pula jadi nanti.

via GIPHY

Habuk

Pastikan keadaan rumah tidak mempunyai habuk, debu, debunga, bulu kecil atau hama dari haiwan peliharaan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada si kecil. Jika anda mempunyai anjing, kucing, arnab, hamster atau burung, pastikan ia diletakkan di luar rumah.

Oh! Lagi satu, penggunaan bantal, cadar, selimut atau comforter harus dijaga dengan rapi supaya debu yang melekat kurang. Bahagian perabot yang mempunyai habuk, pastikan dilap supaya debu boleh berterbangan. Bukan apa, mereka sangat sensitif dengan zarah-zarah kecil.

via GIPHY

Asap rokok

Kanak-kanak yang terdedah dengan asap rokok boleh mengakibatkan saluran pernafasan dijangkiti dan boleh mengakibatkan kekerapan diserang asma. Untuk pengetahuan anda, lebih 26,000 kanak-kanak diserang asma setiap tahun disebabkan asap rokok.

Sebaiknya, berhentilah merokok untuk kesihatan si kecil ataupun elakkan hisap rokok di hadapan mereka dan jauhkan mereka dari orang yang merokok lebih-lebih lagi apabila berada di dalam kereta atau pun rumah.

via GIPHY

Ya, agak remeh untuk menjaga si manja yang menghidapi asma tapi kalau anda mengawasi kesihatan mereka, lama-kelamaan asma akan hilang begitu saja. Selamat mencuba!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Naikkan Seri Katil Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Jom Ikut Cara Ini

Senaman Yoga Bukan Untuk Orang Dewasa Je, Kanak-Kanak Pun Ada

 

 

 

Sumber: Parents

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna