Main Telefon Sambil Memandu Tak Akan Dikenakan Kompaun?

Baca tajuk je semua orang mesti terkejut. Rileks! Sebenarnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan akta baru atas kesalahan penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

Kalau dulu, denda dikenakan setakat RM300 sahaja atau dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali.

via GIPHY

Undang-undang baru…

Sekarang, pesalah akan dihadapkan terus ke mahkamah dan saman tak boleh dikompaun! Lebih ketat ye… Jom tengok infografik ringkas.

Sistem Australia lagi ketat!

Jika anda merasakan tindakan PDRM seolah-olah terlalu mengawal dan ketat. Cuba lihat di negara Australia, pihak berkuasa mereka telah menguatkuasakan penggunaan telefon kamera khas bagi mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit di jalan raya.

Sekaligus menjadikan Australia negara pertama yang menggunakan sistem ini iaitu radar, kamera yang dipasang boleh merakam pemandu yang menggunakan telefon bimbit melalui cermin sisi kenderaan. Tindakan ini juga diyakini dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

via GIPHY

Kajian kemalangan di Malaysia…

Justeru, PDRM membuat kajian Miros dan mendapati sebanyak 53 peratus pemandu menaip teks “texting” ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu dan 61 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.

Malah, Pengerusi Miros, Tan Sri Lee Lam Thye berkata melalui kajian yang dijalankan itu, majoriti rakyat Malaysia bersetuju penggunaan telefon bimbit ketika memandu boleh mempengaruhi tingkah laku pemanduan serta membahayakan diri dan orang lain.

Pucuk pangkalnya adalah kita sendiri. Kalau dah ramai sedar perkara tersebut membahayakan keselamatan diri dan orang lain, sama-sama ubah diri untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pandu cermat, jiwa selamat!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kantoi! Pelacur Warga Asing Ditangkap Musim PKPP Ni

Jangan Ingat Bakteria Tak Boleh Lekat Pada Telefon, Ini Cara Efektif Cuci Aksesori

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna