Mahukan Bulu Mata Cantik Seperti Che Ta, Jom Kenal Jenis Sikat Maskara Anda

Bagi yang suka makeup mesti maskara benda wajib yang perlu ada dalam makeup pouch kan selain lipstick. Tak lengkap lah kalau tak pakai maskara kerana maskara bukan sahaja boleh mempertebalkan bulu mata anda, tapi menaikkan lagi seri pemakai.

Image result for mascara in makeup bag

Sumber : Beautiful

Beli maskara banyak, mahal pulak tu tapi masih lagi bulu mata tak secantik seperti orang lain? Haa Donna ada rahsia nak kongsikan kepada anda, dengan mengenali jenis sikat maskara ia boleh membantu anda untuk memakainya. Mesti anda perasankan, setiap maskara mempunyai jenis sikat yang berbeza dan fungsi yang berbeza. Jadi tunggu apa lagi, jom Donna kongsikan jenis sikat maskara di bawah.

Image result for jenis sikat maskara

Sumber : grid

Jangan risau jika anda mempunyai bulu mata yang pendek dan jarang, kerana berus sikat berbentuk sisir akan membantu  anda untuk menampakkan lagi setiap helai bulu mata anda dan ia juga boleh menembalkan bulu tanpa meninggalkan kesan gumpalan. Haa jadi lepas ni boleh la tukar berus sikat maskara anda!

Related image

Sumber : abancommercial

Kebiasaannya ramai yang menggunakan berus sikat yang lurus dan tajam. Sebenarnya jenis berus sikat tersebut sesuai bagi sesiapa yang mahu nampak dramatic kerana ia berfungsi untuk memanjangkan bulu mata anda. Letakkan maskara seperti biasa dan gunakan hujung maskara untuk dapatkan kesan yang lebih kemas dan lebih panjang. Tak perlu lagi fake eyelashes okay !

Image result for type of mascara

Sumber : HealthMagazine

Jika anda memilih berus maskara yang mempunyai bulu sikat yang bervariasi ia sebenarnya berfungsi untuk memastikan bahawa setiap helai bulu mata dapat diberus daripada bulu mata panjang sehingga pendek. Ia akan memudahkan untuk anda apply pada hujung bulu mata.

Related image

Haa sekarang dah tahu kan fungsi sikat maskara? Sekarang anda tidak perlu lagi pening untuk mencantikkan bulu mata dan tak perlu nak pergi klinik kecantikan untuk melentikkan bulu mata. Cukup dengan hanya anda memilih jenis berus maskara yang betul. Confirm lepas ni makeup anda nampak letops!

 

 

 

 

 

Sumber: hipwee

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna