Mahasiswa Ini Sanggup Duduk Atas Pokok Seharian Nak Dapatkan Internet Jawab ‘Exam’

‘Nak seribu daya, tak nak seribu dalih’

Itulah yang boleh digambarkan mengenai mahasiswa di pedalaman Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Faktor keadaan dan tempat menyebabkan mahasiswa kita terpaksa berusaha berkali ganda untuk mendapatkan internet. Situasi sangat berbeza dengan mahasiswa yang sudah berada di kawasan yang terdedah dengan teknologi maklumat.

Bagi memastikan dirinya boleh menjawab peperiksaan secara atas talian, seorang mahasiswa Universiti Malaya bernama Veveonah Mosibin yang menetap di pedalaman Sabah menceritakan bagaimana rutin hariannya di pedalaman Sabah.

BACA: Tip Meningkatkan Kelajuan Internet Mudah Alih

Memandangkan jaringan internet paling baik hanya boleh didapati di atas pokok. Mahasiswa ini telah membina pondok di atas pokok bagi memudahkannya menjawab peperiksaan yang dijalankan di atas talian.

Namun, malang tak berbau. Pondok yang dibinanya roboh gara-gara angin kuat dan hujan yang lebat selama beberapa hari.

Tidak berputus asa, gadis ini terus kumpulkan beberapa barang seperti air mineral, sedikit makanan, kelambu, powerbank dan terus panjat pokok untuk menjawab peperiksaan selama 24 jam.

BACA: Jom Melancong Ke Negeri Bawah Bayu! Ni Top 5 Pulau Paling Indah Di Sabah

Kalau dah namanya pedalaman, mestilah anda akan dikunjugi oleh serangga yang menumpang di sana. Malam itu juga dia tidak dapat tidur dengan baik kerana keadaan terlalu sejuk di samping mempunyai bunyi-bunyi yang pelik.

Namun begitu, dia tidak pernah mengeluh sebaliknya menyudahkan peperiksaan dengan jayanya. Veveonah turut berkongsi rutin hariannya iaitu membantu keluarganya menguruskan dusun. Dia sekeluarga akan tidur seawal pukul 7 malam untuk menjimatkan lilin memandangkan mereka tak mempunyai elektrik di rumah.

Hebat Veveonah ini! Walaupun hidup dalam kesempitan dan kekurangan. Namun semangatnya untuk memastikan dia terus mendapat ilmu pengetahuan tak pernah padam.  Semangat beliau ini wajar dijadikan inspirasi buat semua di luar sana. Tahniah!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: TRP

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna