Magis Ini Dapat Membuat Bilik Air Anda Kelihatan Bersih & Kemas

Eh, mak mertua nak datang? Berdesup ke bilik air sental mana yang patut!”

Siapa kata bilik air tak penting? Orang kata kalau nak tahu kita ni pembersih atau tidak, pergi lihat bilik air. Hm, sampai begitu sekali penilaian orang. Namun jika difikirkan semula ada benarnya kerana ramai orang sensitif dengan bilik air.

Bilik air adalah satu ruang khas untuk kita membersihkan tubuh badan setelah seharian terdedah dengan kotoran luar. Walaupun tak berpeluh, balik dari kerja mesti kena mandi sebab badan rasa belengas! Islam pun menekankan tentang kebersihan diri. Namun jika bilik air kotor bagaimana anda ingin bersihkan diri kan?

Tapi kan, mesti ada yang merungut “dah sental bilik air tapi kotoran degil tetap melekat!”Tak mengapa, Donna faham masalah-masalah yang dihadpi oleh para isteri ni. Sebab itulah anda perlu baca artikel ini. Hik!

Sumber: HM

Di bawah, Donna dah senaraikan beberapa magis yang boleh anda guna pakai ketika membersihkan bilik air. Harap magis ini dapat membantu anda untuk mencantikan ruangan kamar mandi!

Lubang jamban

Bahagian jamban paling penting sekali untuk diberi perhatian kerana kerap digunakan. Kalau jamban kotor atau berbau, memang rasa geli nak guna. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jirus sebotol air Coke bersaiz besar ke seluruh kawasan jamban yang kotor. Biarkan sehingga buih air Coke tidak kelihatan dan pam! Anda akan nampak perbezaannya.

Pili air

Pada mulanya beli pili air yang silver nak nampak mewah tapi bila lama-lama jadi kusam pula disebabkan kotoran air mandi yang melekat dan mengering. Bila basuh, esoknya pasti warna pili air tetap kusam. Mudah saja, ambil ubat gigi letakkan pada permukaan span dan lap di atas permukaan pilih air. Mesti nampak kilat macam baru beli 2 minit yang lepas!

Cermin bilik air

Bila anda menggunakan shower panas, pasti permukaan cermin bilik air akan bertukar menjadi kabur disebabkan tindak balas dari wap air panas. Oleh itu, sapukan krim shaver di atas permukaan cermin menggunakan kain sehingga hilang krim shaver. Selesai!

Sumber: internet

Kepala air pancuran

Biasalah, bila dah lama tersangkut air pancut kat atas sampai lupa nak basuh bahagian tu. Jadi, sebelum menyental bahagain bilik air yang lain, masukkan cuka ke dalam plastik dan rendam air pancuran sehingga anda habis mencuci bilik air. Semudah ABC kan?

Sumber: alieexpress

Itulah antara antara magis nak membersihkan bilik air. Guna barang-barang dalam bilik air je. Tak perlu nak membazir beli stok-stok pembasuh marble yang mahal-mahal. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: 5minutecraft

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna