Macam Tak Percaya Cuka Epal Mampu Hilangkan Kedutan Di Wajah!

Bagi mak-mak yang suka masak tu, mesti biasa dengan cuka epal.  Rasa masam yang asli mampu membuatkan hidangan seperti salad, daging perap dan minuman menjadi lebih sedap dan lengkap. Tapi bukan itu sahaja, cuka epal ni banyak manfaat dalam aspek kecantikan kulit yang anda belum tahu.

But before that,  jom ketahui dulu apa yang terkandung dalam cuka epal ni. Haa bagi kulit yang tengah ‘meragam’ tu sesuai sangat jika anda mengamalkan bahan ini dalam rutin penjagaan kulit anda seharian.

Related image

Sumber: food

Apa Itu Cuka Epal?

Apple cider vinegar  ni sebenarnya adalah sejenis minuman yang telah melalui proses fermentasi daripada jus epal. Gula yang terdapat dalam buah epal menjadi bahan aktif untuk menghasilkan nutrisi baik seperti vitamin A, B1, B2,B6 dan C. Selain itu, ia juga mengandungi potasium, magnesium yang mampu memberi khasiat kepada tubuh badan seperti menurunkan kolesterol, mengurangi lemak di bahagian perut dan menjaga kesihatan jantung.

Manfaat Cuka Epal Untuk Kulit Wajah

Related image

Sumber: halodoc

Mengurangkan Bintik-Bintik Hitam Akibat Penuaan 

Bila sebut sahaja tentang penuaan mesti ramai kaum wanita yang berasa bimbang betul tak? Haa bagi yang tengah mencari produk dan bahan semula jadi yang sesuai untuk kulit muka anda, cuka epal ni mampu menghilangkan sel kulit mati dan membentuk semula sel kulit yang baru untuk merawat bintik-bintik hitam di wajah akibat penuaan.

Alpha Hydroxy Acid atau dikenali sebagai AHA adalah salah satu sifat yang terkandung dalam cuka epal. Jadi tak hairan lah jika ramai yang guna ia sebagai penyegar muka bagi menghilangkan bekas jerawat kerana ia akan memudarkan secara perlahan tanpa keradangan.

Mencegah Kedutan 

Umur dah semakin meningkat, tidur tak cukup lepas tu mulalah adanya kedutan di wajah. Bagi yang tengah risau tu, anda boleh cuba sapukan cuka epal ni setiap hari pada wajah keran kandungan asam akan memberi manfaat untuk mengurangkan garis-garis halus yang muncul pada wajah dan membuatkan anda tampak awet muda dan lebih berseri.

Image result for women get sunburn

Sumber: self

Mengatasi Masalah Sunburn 

Dah pakai sunscreen masa pergi bercuti di pantai, tapi kulit wajah masih terkena pada cahaya matahari? Pasti wajah anda berasa pedih dan sakit akibat terbakar , jadi apa kata anda gunakan cuka epal untuk mengimbangkan kadar pH agar proses penyembuhan kulit dilakukan secara lembut dan perlahan.

Mana nak cari cuka epal ni? Haa tak perlu susah-susah, pergi je supermarket berdekatan dengan rumah anda. Bukan hanya jimat tapi banyak manfaat untuk kulit wajah anda. Opss sebelum tu, pastikan cuka epal yang anda pilih adalah organik, selamat mencuba!

Untuk artikel lebih menarik tentang tip penjagaan kulit muka, anda boleh klik link di sini :

Lakukan Sebulan Sekali Kalau Nak Kulit Cantik Dan Bersih

 

 

 

 

 

 

Sumber: lemonila 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna