Macam Nak Angkut Satu Almari! Ini Cara Mudah ‘Packing’ Beg Balik Kampung Beraya

Aduh macam mana ni barang tak muat! Haa buat para ibu bab paling pening bila nak balik beraya mesti mengemas barang betul tak? Kadang-kadang bila selesai sahaja mengemas, baru lah nampak barang yang ingin dibawa balik tu banyak macam nak angkut satu almari. Biasalah bila bawa barang sikit, takut tak cukup pula. Bagi yang naik pengangkutan awam pula, pasti anda mahu minimum kan barang untuk dibawa agar memudahkan perjalanan pergi dan balik, takdelah kena galas beg berat nanti! Tapi macam mana?

Baca:

Doktor Ini Kongsikan Pemakaian ‘Seat Belt’ Yang Betul Bagi Para Ibu Yang Hamil

Related image

Sumber: bustle

Kalau nak mudah, pertama sekali apa kata anda senaraikan barang yang perlu dibawa terlebih dahulu. Tetapkan barang mengikut berapa hari anda pulang ke kampung. Bukan apa, bila dah ada list anda boleh elakkan kes tinggal barang. Kalau tinggal, satu hal pulak nak patah balik!

Related image

Sumber: type

Sediakan bag kecil untuk khas barang seperti makeup, toilettries dan pakaian dalam. Ia akan memudahkan anda untuk mencari barang dan kelihatan lebih kemas. Kalau anda campurkan semua, mungkin akan menjejaskan pakaian anda. Habis tak dapat beraya nanti.

Image result for toiletries

Sumber:bulace

Kalau anda mempunyai anak ramai, asingkan pakaian mereka agar mudah untuk dilihat sama ada ia berkurang atau lebih. Untuk menjimatkan ruang, anda boleh gulungkan pakaian dan susun mengikut hari. Tip ini memang menjimatkan ruang dan pastinya lebih kemas.

 

 

 

 

Sumber: bumbumcak

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna