Macam Mana Nak Ukur Saiz Bra Ngam-Ngam Dengan Payudara Ni?

Change your bra, change your life.” – Oprah

Ha.. Jangan terkejut Donna bagi kata-kata mutiara dalam bahasa mat saleh, daripada Oprah pulak tu. Tambah pula bila petik salah satu pakaian dalam wanita yang agak sensitif untuk dibincangkan di khalayak ramai. Donna faham, kita rasa malu bila nak sembang dengan orang saiz payudara kita, mungkin sebab besar sangat atau sebab kecil sangat. Oops!

Namun, pada 2005 sebuah kajian Chiropractic & Osteopathy telah mendapati bahawa sebanyak 80 peratus wanita di Amerika memakai saiz bra yang salah. Belum lagi kalau buat kajian wanita di Malaysia. Mesti ramai yang salah pakai saiz bra, ihiks!

via GIPHY

Jadi, macam mana nak tahu saiz bra yang ngam dengan payudara kita? Jom baca cara mengetahui saiz payudara anda dengan betul. Hanya dengan tiga langkah saja.

Ukur getah bra (Band size)

Mulakan dengan memakai wayar bra yang paling selesa ketika pakai. Selepas itu, angkat payudara anda dan letakkan pita pengukur pada bahagian betul-betul di bawahnya. Kemudian, balut pita pengukur mengelilingi badan dan pastikan pita itu betul-betul membaluti keliling badan anda. Lihat pada angka, jika nombor ukuran itu adalah nombor ganjil, tambahkan nombor supaya ia jadi nombor genap.

Sumber: quora

Kelebaran payudara (Bust size)

Balut pita pengukur keliling badan anda sekali lagi tapi lilit pada bahagian betul-betul di bahagian puting dan lihat berapa ukurannya. Ukuran ini patutnya tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Mengukur kebesaran mangkuk bra (Cup size)

Tolakkan ukuran band anda daripada ukuran bust anda, dan itulah ukuran cup anda. Setiap inci perbezaan nombor ini adalah satu saiz cup. Inci pertama ialah A, kedua B, ketiga C, keempat D, dan sebagainya.

Mudah saja kan nak tahu saiz bra yang tepat. Lepasni tak ada dah la pakai bra cup yang banyak ruang atau tak cukup ruang sampai melimpah-limpah keluar isi payudara dara bra, ihiks!

 

 

 

 

 

Sumber: theoprahmagazine

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna