Macam Mana Nak Mulakan Senaman Bila Umur Dah Cecah 40 Ke Atas?

Umur dah 40-an ni, tulang pun dah tak kuat. Lagipun lama dah tak bersenam..”

Kebanyakkan wanita yang dah berusia mencecah 40-an ke atas akan merasa situasi ini apabila sudah bertahun-tahun lamanya tak bersenam. Betul tak? Menurut sebuah portal, Frontiers in Physiology sebenarnya tiada istilah sudah terlambat untuk mula bersenam walaupun usia sudah mencecah 70-an kerana pergerakan senaman mampu beri manfaat pada tubuh. Cuma perlu ada cara yang betul.

Jadi, apa yang sepatutnya mereka ni lakukan bagi memulakan langkah pertama untuk bersenam selepas meninggalkan bertahun-tahun aktiviti bersukan?

via GIPHY

Umur 40-an

Pada peringkat umur 40-an, selalunya mereka berpotensi mengalami pre-monopos di mana simptomnya adalah bentuk badan mereka agak besar, buncit dan mudah naik berat badan tapi dengan bersenam kemungkinan besar simptom pre-monopos dapat diatasi.

Menurut Tamara Jones, jurulatih sukan peribadi di New York City, bila dah lama tak bersenam, sebaiknya elakkan daripada terus berlari marathon, melakukan sebarang pergerakan larian mahupun sukan-sukan yang berat atau lasak kerana boleh menyebabkan kecederaan.

via GIPHY

“Anda boleh mulakan dengan melakukan senaman ringan dulu seperti senaman lompat bintang sebanyak 5-10 kali selepas bangun dari tidur atau sebelum tidur. Lakukan dengan konsisten iaitu 3 kali seminggu.

Selain itu, anda boleh berjalan-jalan di kawasan perumahan atau berenang di kolam selama 10-20 minit. Selepas sebulan, baru upgarde pergerakan senaman seperti berbasikal atau berlari anak di kawasan perumahan,”

Umur 50-an

Ingin diingatkan, pada usia 50-an keadaan tulang anda tidak sekuat 20 tahun lepas. Salah pergerakan akan mengakibatkan keretakan atau kepatahan tulang. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Tambahan pula, bahagian ligamen bahagian sendi tulang sudah kurang elastik. Sebaiknya, minta jurulatih sukan memantau.

via GIPHY

Cukup dengan pergerakan mengangkat kedua lengan ke atas selama 10 kali. Bahagian kaki pula anda boleh angkat kaki sehingga 90 darjah sambil-sambil duduk di atas sofa. Jika mampu, rajinkan diri bercucuk tanam pada setiap hari tapi elakkan dari menganggkat barang berat seperti pasu, bungkusan baja atau bekas air.

Apa pun, sebelum memulakan sebarang senaman pastikan anda tiada masalah kesihatan yang kritikal. Jika anda,  sebaiknya minta nasihat pakar terlebih dahulu. Jangan memandai-mandai ye. Makin tua, antibodi dan ketahanan badan kita makin berkurang.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

10 Senaman Yoga Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung ,

 Nak Badan Seksi? Jom Ikut Cara Senaman Kim Kardashian

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna