Macam Kejam! Kenapa Bayi Baru Lahir Di Finland Perlu Letak Dalam Kotak?

Setiap kelahiran bayi yang baru dilahirkan di Finland perlu diletakkan di dalam kotak kadbod.”

Bayi akan dibiarkan tidur di dalam kotak kerana ia adalah tradisi yang diguna pakai sejak zaman berzaman lagi. Bunyi macam kejam kan? Bayi yang tidak mengerti apa-apa sepatutnya perlu diletakkan di katil beralaskan tilam yang lembut dan selesa. Mengapakah amalan ini wujud di negara yang dianggap maju? Jawapannya menarik dan bakal membuatkan anda mengerti dan kagum.

Tradisi bayi tidur dalam kotak di Finland ini bermula selepas program pemberian kotak berisi barangan bayi merangkap katil pertama bayi bermula pada tahun 1938. Ia bertujuan bagi mengurangkan kadar kematian bayi yang pada ketika itu mencecah 64 kematian setiap 1000 kelahiran. Ia adalah jumlah kematian bayi bagi setiap negara yang sangat tinggi.

Sumber Foto: twitter.com

Kejadian kematian bayi yang tinggi direkodkan berikutan negara Finland ketika itu dikatakan  mempunyai ramai rakyat daripada golongan miskin. Mereka tidak mampu menyediakan kelengkapan bayi yang baru lahir dengan sempurna. Akibatnya, ketika musim sejuk, banyak bayi kecil yang tidak dilengkapi dengan pakaian atau persediaan sempurna meninggal dunia.

Selepas barisan pemimpin tertinggi membuat mesyuarat tergempar, kerajaan Finland merasakan jika ibu bapa diberikan hadiah kelengkapan bayi seperti pakaian, lampin, produk bayi. baju sejuk, sarung kaki dan tangan, maka pasti kebarangkalian untuk bayi dalam golongan miskin yang baru dilahirkan lebih tinggi untuk hidup. Kotak yang dilengkapi barangan bayi tersebut pula dikatakan selamat sebagai tempat bayi untuk tidur. Untuk golongan miskin, mereka selalunya tiada tempat khas untuk menidurkan bayi mereka. Maka bayi kadangkala hanya diletakkan di atas lantai atau terpaksa berkongsi katil dengan adik beradik yang lain. Ini juga penyebab bayi itu mati lemas atau tidur kesejukan.

Sumber Foto: angel.co

Pada awalnya hanya golongan miskin diberikan bantuan ini tetapi pada tahun 1949 bantuan kelengkapan bayi yang dikenali sebagai ‘first baby kit’ ini diberikan kepada semua ibu bapa baru. Untuk menerima bantuan ini seorang ibu hanya perlu mendaftar kehamilan mereka sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Klinik kerajaan kemudian akan memberikan kesemua keperluan asas di atas secara percuma. Hari ini kotak yang diberikan kemudian digunakan sebagai baby cot pertama si comel dan simbolik setiap bayi Finland dilahirkan setaraf dan wajib tidur sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Hasilnya daripada peristiwa itu kadar kematian bayi di Finland kini masih antara yang terendah di dunia. Program kotak tempat tidur ini masih diteruskan sehingga sekarang. Yang menariknya setiap tahun, kotak dan barang-barang yang diberi kepada bayi baru lahir di Finland akan sentiasa berubah.

Antara barang terkini yang terkandung dalam kotak ini adalah:

Sumber Foto: kaksplus.fi

Sumber Foto: bbc.co.uk

  • Tilam, alas tilam, undersheet, duvet cover, selimut, sleeping bag/quilt
  • Snowsuit, topi, insluated mittens & booties
  • Light hooded suit & knitted overalls
  • Stokin & mittens, knitted hat & balaclava
  • Bodysuits, romper suits & leggings untuk unisex pelbagai warna dan jenis
  • Tuala mandi berhooded, pengetip kuku, berus rambut bayi, berus gigi, ubat gigi, bath thermometer, nappy cream, washcloth
  • Cloth nappy set & muslin squares
  • Buku bergambar & teething toy
  • Bra pads, kondom
  • Baju bayi mengikut cuaca ( Mengikut persetujuan yang ditetapkan Finland’s official childcare)

Ada juga banyak negara maju lain yang mengikut jejak langkah Finland dengan membudayakan tradisi kotak kelengkapan bayi ini dan kemudian menjadi tempat bayi tidur sebagai langkah mengurangkan kadar kematian bayi baru lahir. Meletakkan bayi tidur di dalam kotak ini dikatakan mengurangkan risiko bayi jatuh katil, tersepit atau sesak nafas. Ini juga sebagai langkah agar bayi membiasakan diri untuk tidur sendirian tanpa perlu ditemani ibu bapa sepanjang masa.

 

 

 

 

Sumber: euronewa.com

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna