Macam Ini Rupanya Pengenalan Diri Sebelum MyKad Wujud!

Kad Pengenalan diri atau Identification Card adalah benda wajib ada dalam dompet. Kalau tertinggal, memang sangkutlah apalagi kalau musim banyak roadblock sekarang ini.

Nampak macam biasa sahaja, kad warna biru kecil. Tapi kalau sekali dah hilang, banyak benda boleh jadi tergendala.

Sumber: Says

Tapi anda mesti tak tahu macam mana agaknya rupa pengenalan diri sebelum wujudnya IC kan? Jadi, ini adalah beberapa fakta tentang kad pengenalan kita beberapa tahun sudah.

1) Kad pengenalan pertama dikeluarkan pada bulan September 1948 yang dicetak pada sehelai kertas dan kadbod. Ia dipanggil ‘kad beras’. Nama MyKad mana wujud lagi waktu itu. Kenapa beras? Sebab mereka kena tunjuk bukti identiti diri mereka untuk dapat beras waktu darurat tahun 1948. Kerajaan Britain mewajibkan semua yang berumur 12 tahun ke atas memiliki kad pengenalan dan wajib dibawa kemana sahaja setiap masa.

Ha, ini dia kad pengenalan milik Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman.

Sumber: Says

2) Tahun 1960, IC diubah jadi versi kad kredit dengan gambar hitam putih siap ada cap ibu jari. Ha, mari kita tengok sikit IC milik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: Says

3) IC berwarna pertama wujud pada tahun 1999 sebelum menjadi MyKad pada tahun 2001.

Sumber: Says

4) Malaysia adalah negara pertama di dunia yang buat sistem kad pengenalan pintar tau siap dengan data biometrik cap jari dan cip komputer.

Wah, panjang betul sejarah Mykad dekat Malaysia. Kita patut berbangga dengan pencapaian yang dilakukan negara kita. Kini, sekeping kad boleh membantu kita dapatkan rawatan hospital, lesen memandu, touch’N go dan banyak lagi lah kegunaanya.

Jadi, jaga elok-elok kad pengenalan anda. Jangan beri nombor kad pengenalan kepada orang yang tak dikenali tanpa urusan rasmi tau!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna