Lupakan Kisah 13 Tahun Yang Lalu, Rita Rudaini Tidak Lagi Simpan Dendam

Anda masih ingat tentang peristiwa yang penuh kontroversi 13 tahun lalu apabila dua pelakon artis wanita yang cukup popular pada masa itu bergelut di dalam kolam renang sehingga menjadi perhatian ramai dan memberi impak negatif terhadap hubungan mereka. Kini dikatakan pelakon si cantik malah berbakat dalam bidang lakonan iaitu Lisdawaty dan juga Rita Rudaini tidak lagi menyimpan dendam.

Bertemu di sebuah majlis, mereka mengaku untuk tidak mahu lagi kenang akan peristiwa tersebut yang penuh kontroversi kerana ia amat memalukan pada usia yang sudah meningkat.

 

Image result for rita rudaini lisdawati

Sumber: rotikaya

Sampai Bila Nak Bermasam Muka

Kehidupan dalam menceburi bidang seni bukan lah satu perjalanan yang mudah, namun mereka membuat keputusan untuk terus pandang ke hadapan dan berubah ke arah yang lebih baik. Sikap matang antara kedua pelakon ini membuatkan ramai yang berasa kagum kerana mereka berfikir masing-masing sudah lanjut usia dan mempunyai anak jadi ia tidak elok sekiranya mereka masih bermasam muka.

Kekecohan ketika pengambaran yang berlaku sekitar 13 tahun lalu memberi kenangan yang amat pahit dan ia mungkin masih terpalit di antara mereka, namun ia tidak menjadikan sebab untuk mereka terus bergaduh dan tidak bertegur sapa.

Pernah Mimpi Rita Selepas Insiden Itu Berlaku

“Selepas insiden itu, saya mengaku beberapa kali bermimpi yang positif mengenai Rita. Saya anggap mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu kepada saya. Kami sudah semakin berusia, tak laratlah hendak bergaduh. Lagipun industri ini kecil, jika ada yang cuba ‘mencucuk’ itu terpulanglah kepada mereka.”

Sumber: harianmetro

Apa yang lebih menggembirakan hari ini, mereka bersetuju untuk digandingan berlakon bersama sekiranya ada peluang dan Lisdawaty dan Rita mengaku sudah lama bertegur sapa cuma tiada kesempatan untuk berbual panjang. Alhamdulillah, Donna doakan agar hubungan mereka terus kekal baik dan tidak menyimpan dendam antara satu sama lain, bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Seminit Pun Dah Cukup, Pelukan Suami Buat Isteri Lebih Sihat

 

 

 

 

 

 

Sumber: bharian 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna