Lumpuh & Hampir Maut Akibat Makan Kari Ayam

Seorang bapa dan bekas jurulatih selam skuba jatuh lumpuh dan hampir maut selepas menjamu selera sajian kari ayam di sebuah kafe di England. Hasil pemeriksaan doktor mendapati David Braham, mengalami keracunan makanan yang kemudiannya mencetuskan sindrom Guillain-Barre iaitu sistem antibodi menyerang sel-sel sihat serta sistem saraf penting badan.

Sumber Foto: recipesfromapantry.com

Sumber Foto: Dailymail

Ketika kejadian, dia sedang menyaksikan perlawanan rugbi anak lelakinya dan tiba-tiba jatuh sakit. Braham terus ditempatkan di wad kecemasan selepas berada dalam keadaan koma di Hospital Llandough UK kerana gagal bercakap, lumpuh bahagian kiri badan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selama empat bulan.

Sumber Foto: Dailymail

Dia dikatakan terpaksa mengambil masa hampir tiga bulan untuk belajar menggerakkan kakinya semula. Selain itu dia perlu cekal dan berdikari menjalani rutin harian seperti biasa termasuk mandi, dan gosok gigi tanpa mendapatkan bantuan orang lain.

Sumber Foto: Dailymail

Selepas lapan bulan menjadi penghuni hospital akibat daripada peristiwa ngeri tersebut, kesihatan Braham kembali pulih. Dia kini berupaya untuk berjalan sendiri dan menjalani rawatan fisiologi di Hospital Rookwood, Cardiff.

“Saya tidak sabar untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kembali. Saya berharap sambutan krismas pada tahun ini, saya dapat melihat anak-anak membuka hadiah di hadapan saya. Sudah lama saya tidak meluangkan masa bersama mereka kerana perlu menjalani rawatan intensif di sini,” katanya yang menyifatkan peristiwa ini sangat teruk berlaku dalam hidupnya.

Akibat serangan penyakit yang menyerang Braham, beberapa panduan dan garis panduan mengenai tahap kebersihan untuk menjamu selera dipertingkatkan. Antaranya pastikan juadah yang ingin dimakan selamat sebelum masuk ke perut menerusi kaedah lihat, hidu dan rasa. Prosedur ini amat mudah untuk dilakukan dan hanya menggunakan deria untuk membuat penilaian sebelum mengambil makanan. Sebelum makan, pastikan hidangan dilihat tidak berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna atau tamat tarikh luputnya. Kemudian, hidu makanan itu untuk memastikan tiada bau yang tidak menyenangkan atau berbeza daripada biasa. Cuba rasa makanan itu sama ada ia sudah basi atau busuk. Jika makanan didapati mempunyai ciri-ciri terbabit, bermakna ia sudah rosak atau basi dan tidak boleh dimakan. Lihat juga kedai makan yang dipilih supaya berada dalam keadaan bersih dan teratur.

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna