Luk Chup Manisan Tradisi Thai Kegemaran Ramai Yang Sangat Comel

Manisan ini boleh tahan lama tetapi hendaklah disimpan ke dalam peti sejuk dingin.”

Luk Chup adalah sejenis manisan tradisi daripada Thailand. Istilah ‘Luk’ maknanya buah manakala ‘Chup’ adalah bermaksud celup. Keunikannnya yang datang dari pelbagai bentuk dan warna menyebabkan ramai yang tertarik untuk merasai manisan yang berasaskan kacang ini. Bukan sahaja terkenal di Thailand, manisan ini sudah diterima di banyak negara untuk menghasilkannya sebagai pencuci mulut ketika menjamu selera, jamuan dan perayaan tertentu.

Sumber Foto: flickr.com

Untuk membuat manisan ini kelihatan kreatif dan menarik, dikatakan seseorang itu perlu ada kemahiran seni mengukir. Semakin cantik bentuk yang dihasilkan semakin  ramai yang ingin memakannya. Luk Chup seringkali dibentukkan menjadi bentuk dan imej buah-buahan atau sayur-sayuran. Namun, kini bentuk Luk Chup telah dipelbagaikan dengan bentuk haiwan dan kartun animasi yang comel.

Sumber Foto: thaiknows

Sumber Foto: maryshop

Namun, jika tidak pandai atau ada kemahiran mengukir atau membentuk, hasilkan sahaja bentuk yang anda inginkan dan mudah. Ia tidak menjadi kesalahan, asalkan rasanya tidak lari. Manisan ini boleh tahan lama tetapi hendaklah disimpan ke dalam peti sejuk dingin.

Sumber Foto: flickr.com

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm kacang tanah atau kacang hijau |
  • 240 gm gula
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm agar-agar
  • Secawan Santan
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Pewarna merah secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya
  • Pewarna kuning secukupnya

 

CARA-CARA:

Sumber Foto: thaiknows

  • Panaskan gula sehingga menjadi cair.
  • Rebus kacang bersama daun pandan hinggan empuk.
  • Kisar kacang atau untuk mendapat tekstur kasar anda boleh tumbuk sahaja.
  • Gaul kacang bersama tepung gandum, santan, gula dan sedikit garam di atas api bersuhu kecil.
  • Kacau rata sehingga menjadi pekat dan boleh dijadikan doh. Selepas itu bentukkan doh mengikut jenis buah yang anda suka.
  • Doh boleh dibentuk menjadi buah cili, tomato, pisang dan sebagainya.
  • Kemudian warna doh tersebut dengan cermat.
  • Cairkan agar-agar, celupkan doh tersebut di dalam agar-agar tersebut.
  • Biarkan ianya sejuk dan sedia dihidang.

 

 

Sumber: bukuresepi

Featured Image: pintrest

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna