Lucu! Koleksi Telatah Si Kecil Sepanjang Perintah Pergerakan Kawalan

Hampir tiga minggu perintah pergerakan kawalan dilaksanakan. Ada yang mematuhi arahan dan ada juga yang memandang enteng dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Sehinggakan pihak berkuasa tambahan perlu turun membantu polis untuk mengawasi sikap degil dan tidak bertanggungjawab sesetengah rakyat Malaysia.

Sumber: bernama

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila para ibu yang perlu bekerja di rumah turut bekerja mengawasi telatah akal panjang si kecil.

Biasalah, kadang-kala kita ni terleka disebabkan fokus dengan urusan lain sampaikan tahu-tahu je mereka dah melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Apa si kecil buat tu?

Jom kita lihat beberapa kepingan gambar telatah si kecil yang dikongsikan oleh ibu melalui akaun Facebook mereka.

Kolah bilik air dituangnya hampir sebotol sirap…

Puding dalam peti ais si ibu, habis ditanamnya patung Upin Ipin…

 Maker pen hitam pun dijadikan eyeshadow!

Kucing pun dibedakkan lepas tu kereta pun direndam dalam bekas ais batu!

Nak jadi hulk ke tu?

Harap bawa bersabar ye pemilik kereta..

Habis kaki pun kena conteng!

Mana yang ada anak kecil tu, mesti anda pun mengalami masalah macam ni kan? Maklumlah, mereka ingin meneroka perkara baru sampaikan perkara terlalu pelik mereka lakukan.

Apa pun, jangan dimarah, cukup tegur dengan elok dan baik. Nak didik anak kecil perlukan intonasi yang lembut, okay?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Betul Ke Makanan Tradisional Mampu Rawat & Cegah Koronavirus?

10 Simptom Kesihatan Kanak-Kanak Yang Anda Perlu Peka

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna