Luar Kemaluan Selalu Gatal? Ini Petanda Barah Vulva Anda Wajib Tahu

Mungkin anda dah biasa dengar tentang kanser ovari, kanser pangkal rahim atau kanser servik. Namun, tak ramai yang tahu mengenai barah vulva yang sama bahaya jika ia menyerang organ pembiakan wanita.

Sebenarnya, vulva ialah salah satu daripada enam organ pembiakan wanita. Kanser vulva ialah barah kemaluan luar yang meliputi kawasan lubang untuk buang air kecil, lubang faraj, klitoris, labia majora dan laboia minora.

FOTO: www.cdc.gov

Menurut Dr Badrul Zaman, Perunding Ginekologi dan Onkologi Regency Specialist Hospital menyatakan barah ini kebanyakannya menyerang wanita berumur 60 tahun. Ada banyak sebab yang mendorong perkara ini antaranya termasuklah masalah seperti kencing manis, daya ketahanan badan dan jangkitan virus HPV.

BACA: Najis Berdarah Petanda Jelas Perlu Jalani Rawatan, Elak Kanser Kolon

“Kebanyakan punca penyakit barah vulva dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya ialah merokok, jangkitan virus HPV, pasangan kelamin yang ramai, penyakit ‘Vulva Intra Epithelial Neoplasia’, kencing manis dan obesiti,” katanya.

Tapi, ramai pesakit yang merahsiakan perkara ini sebab malu untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Segalanya terbongkar selepas ahli keluarga dapat tahu apabila ternampak darah di pada kain, pakaian dan bau busuk daripada pesakit.

Barah ini tidak hanya memberi kesan kepada fizikal seperti keluar lendir, gatal, dan darah dari bahagian vulva. Mereka juga berdepan dengan kemurungan, hilang keyakinan diri, dan gangguan hubungan suami isteri.

FOTO: www.medicoaid.com

Barah vulva mempunyai empat tahap mengikut kawasan kemaluan dan kelenjar limfa yang terbabit.

“Secara amnya, barah vulva tahap satu dan saiz yang kecil sesuai untuk diberikan rawatan pembedahan radikal.

“Untuk rawatan barah vulva tahap dua, tiga dan empat, ia membabitkan gabungan kaedah pembedahan serta radioterapi kemoterapi,” katanya.

BACA: Anggaran 10 Maut Setiap Hari, Kanser Ini Antara Yang Paling Agresif Di Malaysia

Jadi, lepas ini kalau anda berasa tidak selesa di bahagian luar vagina. Jangan rasa ragu-ragu untuk melakukan pemeriksaan. Memandangkan barah ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Rajinkanlah diri anda untuk bertanya khabar ibu di kampung ya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna