Luah Rasa Syukur Dikurniakan Anak, Netizen Mendoakan Siti Aafiyah

Selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suamianya, Dato Khalid dikurniakan cahaya mata pertama mereka iaitu Siti Aafiyah, terus tumpuan netizen kini banyak diberikan kepada anak kecil itu.

Sehinggakan apabila peminat bertemu dengan Siti, pasti mereka akan bertanyakan “Aafiyah sihat?” “Mana Aafiyah?”, wow! Nampaknya macam Aafiyah dah merampas takhta populariti ibunya! Ahaks!

Sumber: instagram dato siti nurhaliza

Buktinya, baru-baru ini penyanyi lagu Cindai ini telah memuat naik beberapa keping gambar dia dan Aafiyah serta mereka sekeluarga ketika bercuti di luar negara sehinggakan entri tersebut telah berjaya meraih lebih 150 ribu likes di akaun Instagram miliknya.

Di tambah pula kapsyen luahan dan doa dari hati seorang ibu yang amat mencintai satu-satunya zuriatnya, memang amat menyentuh hati para pengikutnya. Iyalah, Dato Siti mempunyai ramai peminat, secara tidak langsung, Aafiyah turut terkena tempias populariti ibunya.

Berikutan itu, lebih dari 800 peminatnya yang membanjiri ruangan komen pada entri tersebut. Antara komen mereka adalah mendoakan yang baik-baik untuk Aafiyah dan memuji kecomelan yang dimiliki oleh Aafiyah.

Wow! Seronoknya kecil-kecil lagi dah ada ramai peminat. Apa pun, Donna doakan penyanyi lejen tanah air kita ni dikurniakan lagi seorang bayi lelaki pula, #eh! Ahaks!

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna