Lokasi Percutian Atas Awan!

Menariknya pengunjung berpeluang menyaksikan gumpalan awan itu berarak seperti ombak di lautan apabila angin bertiup nyaman di kawasan lembah pergunungan tersebut. Duduk seketika menyaksikan fenomena ini terasa hebatnya alam ini dicipta dengan begitu sempurna.”

Trend percutian ke luar negara sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Oleh kerana Malaysia adalah negara beriklim khatulistiwa, maka ramai yang memilih untuk ke negara yang agak sejuk dan dingin untuk merasai kelainan suhu berbanding negara sendiri. Antara destinasi pelancongan yang menjadi idaman ramai pelancong adalah negara matahari terbit iaitu Jepun. Lokasi terkenal di Jepun yang dicadangkan untuk dikunjungi adalah Unkai Terrace yang terletak di Tomamu Resort berdekatan Pulau Hokkaido. Kawasan ini menyajikan permandangan yang indah dengan pemandangan lautan awan putih terletak tinggi di atas puncak gunung yang lebih tinggi dari awan! Sememangnya unik kerana terasa seperti tinggal di rumah awan. Terletak di bahagian paling utara Jepun, Pulau Hokkaido terkenal sebagai destinasi pelancongan unik. Destinasi popular terletak 150 kilometer di timur Sapporo dan Taman Negara Hikada.

UMPAMA SINGGAHSANA SANG PARI-PARI

Unkai dalam bahasa Jepun bermaksud lautan awan. Sesuai dengan maksudnya, Unkai Terrace merupakan sebuah lokasi tanah tinggi yang langitnya dipenuhi gumpalan awan menyerupai lautan. Penduduk tempatan di Pulau Hokaido terutama sekitar Perkampungan Shimukappu dan pekan Tomamu pula menggelarnya sebagai Fenomena Unkai. Ia dikatakan berpunca daripada wap mata air panas yang terdapat di sekitar kawasan itu. Wap air tersebut berubah menjadi gumpalan awan apabila ia bebas ke ruang udara yang lebih sejuk pada waktu malam.

Sumber Foto: jpninfo.com

Apabila pagi menjelang, kawasan sekitar Unkai Terrace akan dipenuhi lautan awan dan fenomena tersebut boleh disaksikan oleh para pengunjung bertuah yang berada di puncak Pergunungan Tomamu. Pembentukan lautan awan di Unkai Terrace bagaimanapun bukan fenomena yang kerap berlaku dan ia bergantung kepada keadaan suhu waktu malam di sekitar Pergunungan Tomamu. Fenomena semula jadi itu tidak berlaku sekiranya suhu di pergunungan tersebut tidak mengalami perubahan daripada panas kepada lebih sejuk pada waktu malam. Paling menarik ialah pengunjung berpeluang menyaksikan gumpalan awan seperti ombak di lautan apabila angin bertiup nyaman di kawasan tersebut.

Sumber Foto: snowtomamu.jp

Sumber Foto: crazydigest.blogspot

Disebabkan pembentukan lautan awan di Unkai Terrace bergantung kepada keadaan suhu di Pergunungan Tomamu, waktu terbaik untuk menyaksikan fenomena itu ialah pada sekitar musim panas antara Jun hingga September. Lebih mengasyikkan, para pengunjung Resort Tomamu juga berpeluang menyaksikan matahari terbit di Unkai Terrace yang dikelilingi awan selama empat setengah jam bermula seawal pukul 4 pagi sebelum lautan putih itu menghilang selepas pukul 8.30 pagi.

 

MUSIM SEJUK JUGA MENARIK!

Sumber Foto: snowtomamu.jp

Selain Unkai Terrace, pekan kecil tersebut turut terkenal sebagai lokasi sukan lasak ski di pergunungan bersalji. Pada musim sejuk antara Disember hingga Februari, para peluncur dari seluruh dunia akan berkunjung ke Tomamu untuk melakukan aktiviti sukan luncur salji sambil meneroka keindahan di sekitar pergunungan itu. Jadi, apa kata masukkan destinasi ini sebagai salah satu Negara untuk anda dan keluarga lawati.

 

 

 

 

 

Sumber: wawandiamond kosmo snowtomamu metro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna