Lipat Baju Kerja Paling Malas Wanita Nak Buat Ok!

Kerja rumah memang tidak pernah habis untuk dilakukan sepanjang hidup anda sampai bila-bila.”

Antara kerja rumah harian yang mungkin anda nampak mudah tapi sangat sukar bagi seorang individu tidak kira sesiapa pun untuk lakukan setiap hari adalah melipat baju. Kalau ditanya kepada rata-rata orang dewasa apa kerja rumah paling malas dilakukan antara mencuci pinggan, menyapu sampah atau melipat baju tentu ramai yang akan menjawab melipat pakaian. Ya, melipat pakaian memang boleh menjadi satu masalah dan beban bagi kebanyakan orang terutama bagi wanita berkeluarga. Lagi sakit hati, kalau sehari tidak diselesaikan tugas melipat pakaian, kain baju boleh bertimbun macam gunung. Rasanya baru semalam melipat pakaian tetapi hari ini sudah segunung balik terutama  yang berderet ada anak kecil. Maklumlah anak kecil kalau sehari tidak tukar 4 hingga 5 pasang pakaian memang tak sah dibuatnya. Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Macam mana nak tangani masalah ini ya?

 

via GIPHY

Jangan bertangguh untuk melipat baju.  Jadi lepas angkat pakaian di ampaian anda boleh terus lipat tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah. Amalkan untuk kerap membasuh pakaian setiap hari agar jumlah baju yang dibasuh tidak rasa terbeban untuk dilipat.

 

via GIPHY

Apabila sudah berkeluarga tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami untuk lakukannya. Untuk permulaan, anda boleh minta suami dengan bantuan anak-anak untuk melipat pakaian milik masing-masing. Lama-kelamaan pasti masing-masing punya rasa tanggungjawab sendiri terhadap pakaian mereka. Tidak ada lagi jeritan kecil dari suami atau anak-anak mencari pakaian mereka yang hilang kerana semuanya sudah dalam kawalan dan selian sendiri. Anda mungkin hanya boleh jadi pemantau yang melihat semua hasil lipatan yang dilakukan oleh suami dan anak-anak.

 

via GIPHY

Jika mempunyai anak kecil, tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian. Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju bersaiz sederhana dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian. Anda hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut ini. Selesai masalah!

 

via GIPHY

Asingkan pakaian mengikut kategori tertentu seperti seluar, blous, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut. Anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori. Lagi mudah jika anda ada alat bantuan khas melipat baju yang banyak dijual dipasaran.

 

via GIPHY

Untuk mengurangkan rasa malas melipat pakaian, cuba lakukan aktiviti ini sambil menonton drama kesukaan anda di televisyen. Percayalah, anda tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat rancangan yang anda tonton.

 

via GIPHY

Akhir sekali, paling mudah upah sahaja perkhidmatan melipat pakaian yang telah banyak wujud hari ini. Kebanyakkan khidmat ini dilakukan oleh surirumah yang ingin mencari pendapatan lebih. Secara tidak langsung, anda membantu meringankan beban individu ini mencari kerja yang halal. Atau boleh terus guna perkhidmatan dobi mencuci pakaian. Selalunya pakej mendobi adalah dari mencuci pakaian terus baju dilipat rapi. Anda hanya perlu laburkan duit sahaja. Tapi sampai bila kan?

 

 

Sumber: annursyuhadah.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna