Likat & Manis! Sekali-Sekala Jom Hidang Bubur Pulut Hitam Untuk Sajian Petang

Canggung bila makan petang tiada apa nak dihidang dan tak tahu nak hidang apa. Iyalah, asyik hidangan yang sama je setiap hari. Goreng pisang atau keropok, hm kadang-kala tu tekak ni mestilah nak kelainan sikit.

Jadi, antara pilihan hidangan yang kami cadangkan adalah bubur pulut hitam. Kalau fikirkan semula jarang kita nak masak bubur ni kan? Ada tu sampai waktu kenduri kahwin je makan pencuci mulut ni. Bila nak buat, rasa tak yakin boleh buat bagi rasa sedap atau tak terfikir pun nak buat.

via GIPHY

Apa kata kali ni kita cuba masak sendiri. Mana tahu boleh buat duit tepi nanti tapi mungkin ada setengah daripada kita tidak gemarkan bubur pulut hitam. Jangan risau, dijamin bawa sampai ke mimpi sebab resipi kami kongsikan ni sedap tau! Macam biasa, ada kelainan sedikit pada resipi kami.

Sumber: newmalaysiankitchen 

Bahan-bahan

  1. Pulut Hitam 200 gram
  2. Santan 4 cawan
  3. Gula kasar 2 cawan
  4. Garam secukup rasa
  5. Daun pandan 2 helai diikat simpul setiap satu.

Cara penyediaan

  1. Rebus pulut hitam sehingga kembang dengan daun pandan.
  2. Toskan pulut hitam dan masukkan semula ke dalam periuk.
  3. Kemudian, campurkan santan, gula, grama dan daun pandan yang lagi satu.
  4. Masak sehingga menggelegak.
  5. Hidangkan panas-panas!

Sunber:

Nampak tak apa kelainan dia? Ha, kebanyakan resipi rendam pulut hitam betul tak? Tapi kami rebus terus. Rasa dia lain! Lebih lembut bijirin pulut tu bila masuk ke mulut.

Tip: Sukatan gula mengikut citarasa masing-masig. Agak-agak nak manis sikit, letak extra gula. Kalau tak nak manis. Letak kurang dari apa yang kami nyatakan, okay?

Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Soal Jawab Dengan Doktor Ni Dah Cukup Terang. Penggemar Bubble Tea Wajib Baca!

Ramai Tidak Tahu Manfaat Kacang Hitam Untuk Kesihatan

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna